web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Fokus Tangani Kos Sara Hidup Rakyat, Saiz Kabinet Dikecilkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 1:36PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kad perakam waktu pada mesin elektronik pada hari pertama beliau memulakan tugas di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keutamaannya buat masa ini untuk menangani isu kos sara hidup yang mencengkam kehidupan rakyat Malaysia.

Justeru, Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi menangani perkara itu, selewat-lewatnya Isnin depan.

“Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup walaupun terdapat perkembangan baik dengan kekuatan Ringgit dan Bursa Saham yang lebih positif sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kerajaan sekarang.

“Namun saya masih merasakan keutamaan harus diberikan terhadap kos sara hidup dan harga barang yang mencengkam dan menekan hidup rakyat.

“Jika mereka tidak keberatan saya akan mohon mereka mengadakan pertemuan khas hujung minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin, walaupun saya tahu (Isnin) cuti awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas hari pertamanya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung saiz Kabinet yang akan diumumnya kelak, Anwar kekal dengan pendirian untuk mengecilkan jumlah Menteri di bawah pentadbirannya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau juga akan meminta supaya ahli Kabinet yang akan dilantik nanti untuk mempersetujui usul mengurangkan gaji mereka.

“Tapi ini (masih) dalam proses perbincangan dan persiapan. Ia akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, beliau akan meminta parti yang menyertai Kerajaan Perpaduannya untuk mengusulkan nama Ahli Parlimen masing-masing untuk dilantik sebagai Menteri Kabinet.

“Kita kena faham Kerajaan Perpaduan bermakna seseorang Perdana Menteri harus merujuk kepada parti masing-masing yang akan usulkan nama. Saya harus beri pertimbangan sedemikian,” katanya. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad