web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jokowi Hubungi Anwar Ucap Tahniah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 9:06PM

Anwar menerima panggilan telefon daripada Presiden Indonesia Joko Widodo. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, menjadi ketua negara pertama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi panggilan telefon dan video perbualan mereka dikongsikan Anwar melalui hantaran Facebook beliau.

“Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang serta perniagaan, pelaburan, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya.

Menerusi panggilan selama 15 minit itu, Jokowi memaklumkan bahawa beliau terus menghubungi Anwar sebaik mengetahui pemimpin berkenaan sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Anwar dan Jokowi memenangi pilihan raya masing-masing menerusi misi kerajaan bersih, keadilan dan perpaduan.

Terdahulu, Anwar secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam 5.06 petang tadi.

Presiden PKR berusia 75 tahun itu yang mengenakan baju Melayu berwarna hitam lengkap bersamping rona emas dan bersongkok, mengangkat sumpah pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.  

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek