web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Anwar Diharap Memangkin Keharmonian Politik - ABIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 8:30PM

Muhammad Faisal Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 untuk menerajui Kerajaan Perpaduan antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sebelumnya dianggap ‘seteru politik’, diharap mampu memangkin keharmonian politik, selaras dengan semangat peribahasa ‘biduk lalu kiambang bertaut’.  

Mengalu-alukan pelantikan Anwar sebagai pemimpin negara, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, rakyat dan negara memerlukan kepimpinan inklusif serta dinamik untuk menangani pelbagai cabaran sejak kebelakangan ini.  

Beliau berharap kerajaan yang diwujudkan dapat meraikan penglibatan semua pemegang taruh dalam masyarakat, bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai rakyat dari pelbagai latar belakang.

“ABIM turut mengalu-alukan peranan dimainkan Raja-Raja Melayu yang memberi pandangan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

“Pada masa sama, ABIM memuji kematangan gabungan politik yang memberi sokongan kepada pembentukan kerajaan perpaduan, bagi memastikan isu asas rakyat dapat diselesaikan segera,” katanya menerusi kenyataan.  

Muhammad Faisal berkata, sesungguhnya kematangan berkenaan wajar diterima semua rakyat dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan perpaduan dipimpin Anwar.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Keputusan tersebut dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi ini.  

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.  

Menurutnya, ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad