web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bank Akhirat Mudahkan Orang Ramai Hulur Sumbangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 5:25PM

Usaha memperkenalkan Bank Akhirat dimulakan AJK Masjid Kampung Baru, Bentong sejak setahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Inisiatif diperkenalkan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Baru, dekat Bentong menjenamakan tabung masjid kepada nama Bank Akhirat, bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, bahkan turut memberi impak terhadap kesedaran masyarakat dalam bersedekah. 

Langkah itu bukan sahaja boleh dipuji, bahkan patut dicontohi semua masjid dan surau di seluruh Pahang. 

Difahamkan, usaha memperkenalkan Bank Akhirat itu dimulakan AJK masjid berkenaan sejak kira-kira setahun lalu dan mendapat sambutan baik daripada ahli kariah masjid itu. 

Pemilihan lokasi menempatkan Bank Akhirat di pintu masjid berkenaan juga sangat strategik bagi memudahkan ahli kariah dan orang ramai menyalurkan sumbangan dan infaq mereka secara pandu lalu. 

Usaha itu turut mendapat pujian Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menyifatkan pendekatan diambil pihak pengurusan Masjid Kampung Baru Bentong sangat berlainan dan menarik. 

“Pengenalan Bank Akhirat ini boleh dijadikan teladan kepada pihak pengurusan masjid atau surau lain di Pahang dan ia adalah usaha yang sangat baik serta wajar mendapat pujian. 

“Konsep pandu lalu digunakan bagi menjayakan inisiatif ini juga bersesuaian dan tepat pada masa memandangkan kita masih berdepan ancaman penularan COVID-19. 

“Lagipun, kita sudah lama tidak dibenarkan mengedarkan tabung masjid ketika solat fardu dan solat Jumaat, jadi apabila ada Bank Akhirat, mudahlah (untuk) orang ramai menghulurkan sumbangan dan derma mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Syed Ibrahim berkata, pelancaran rasmi Bank Akhirat di Masjid Kampung Baru Bentong itu diharapkan menjadi pencetus kepada lebih banyak kewujudan Bank Akhirat dapat di seluruh Pahang selepas ini. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong Ditutup

3

Semasa 3 tahun yang lalu

30 Guru, Pelajar Terselamat Bas Dinaiki Terbalik

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar