web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong Ditutup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 5:49PM

Operasi pemantauan dibuat bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat susulan kejadian limpahan air dari ban berhampiran Balai Polis Bukit Tinggi, Bentong, Pahang malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup kepada semua kenderaan bermula hari ini hingga 1 Disember ini ekoran kerosakan struktur jalan. 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bentong menerusi kenyataan dimuat naik di laman sosial memaklumkan penutupan jalan terbabit yang terletak berhampiran simpang tiga Janda Baik bertujuan untuk menjamin keselamatan pengguna. 

Sehubungan itu, mereka yang ingin ke Janda Baik boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur Karak ke Persimpangan Bukit Tinggi menuju ke stesen minyak BHP Bukit Tinggi dan melalui Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi.

Pengguna diminta mematuhi papan tanda disediakan dan boleh menghubungi pejabat JKR Bentong di 09-2224040 untuk pertanyaan. 

Jalan tersebut antara lokasi terlibat dalam kejadian banjir puing yang berlaku selama tiga jam bermula 8 malam semalam, yang menyebabkan berlaku aliran air membawa batu-batan dan enapan, selain terdapat pokok tumbang. 

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman menerusi kenyataan di laman sosial memaklumkan, selain keretakan jalan, kejadian itu juga menyebabkan runtuhan cerun dan kerosakan harta benda penduduk yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta ekonomi mereka sebagai kawasan pelancongan. 

Justeru, beliau memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian menyeluruh bagi kerja mitigasi yang diperlukan khususnya di kawasan berisiko seperti Bukit Tinggi dan Janda Baik, selain siasatan lanjut untuk melihat jika terdapat kejadian seperti penerokaan haram di situ. 

"Dalam masa sama, kerja baik pulih segera cerun dan jalan serta kerja pembersihan dan mendalamkan sungai akan dilaksanakan JKR serta JPS buat sementara waktu sebelum pelan baik pulih jangka panjang dilakukan," katanya. 

Young Syefura berkata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim NIk Nazmi Nik Ahmad juga telah meninjau lokasi kejadian pada pagi tadi, selain turut mengadakan mesyuarat tergempar dengan agensi berkaitan. 

Sementara itu, JPS menerusi kenyataan memaklumkan, banjir puing itu berlaku disebabkan hujan selama tiga jam dengan keamatan sederhana iaitu antara 23.5 dan 53.0 milimeter (mm) yang mengakibatkan beberapa rumah dan permis perniagaan dinaiki air dengan purata kedalaman 0.3 hingga 0.6 meter sebelum surut pada 11.30 malam hari sama. 

"Selain itu, banjir di lokasi berkenaan berpunca daripada kejadian kepala air yang membawa batu-batan dan enapan serta menyebabkan lintasan jalan yang dibina tersumbat mengakibatkan aliran anak Sungai Tanglir melimpah ke jalan," menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu juga memaklumkan kawasan terlibat adalah antara kawasan yang termasuk dalam kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Bentong, yang adalah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad