web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Artikel Memfitnah: Bekas Ketua Pengarang The Edge Bebas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 11:25PM

Ahmad Azam (tengah) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan memfitnah seorang individu bergelar Datuk dan sebuah syarikat menerusi penyiaran satu artikel dalam The Edge Malaysia.

Ahmad Azam Mohd Aris, 61, yang didakwa dengan dua pertuduhan memfitnah individu itu dan empat buah syarikat menerusi penyiaran dua artikel, dibebaskan dan dilepaskan atas satu pertuduhan.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Siti Maryam Jamilah Md Kamal memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik kes tersebut.

Siti Maryam Jamilah berkata pihaknya juga telah menerima surat representasi dikemukakan oleh Ahmad Azam bertarikh 28 September lepas.

“Oleh itu, saya memohon supaya tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan ini,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Bagaimanapun, peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Ahmad Azam memohon supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu kerana tiada alasan diberikan mengapa kes itu ditarik balik dan sekiranya kes itu DNAA, pertuduhan itu akan tergantung ke atas tertuduh tanpa had masa.

Ahmad Azam didakwa memfitnah Datuk Kua Khai Shyuan, 38, dan Syarikat DGB Asia Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1337 bertarikh 21 September hingga 27 September 2020, yang mana tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi individu itu dan syarikat berkenaan.

Sementara itu, di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa pula, Ahmad Azam dilepas tanpa dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan iaitu memfitnah Kua dan syarikat DGB Asia, Trive Property Group Berhad, Metronic Global Berhad dan MNC Wireless Berhad.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1365 bertarikh 12 April hingga 18 April 2021 yang kandungannya merosakkan reputasi individu itu dan keempat-empat syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Terdahulu, TPR Farhanah Fuad Mohamad Faiz berkata pihak pendakwaan turut mendapat arahan daripada AGC untuk menarik balik kes itu dan memohon supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Rajsurian yang dibantu Allyna Ng, memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu atas alasan yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 27 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad