web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Niat Nak Menunjuk, Akhirnya Tertembak Rakan Sendiri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 2:36PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIT BUNTAR - Niat seorang pengawal peribadi yang hanya mahu menunjukkan pistolnya kepada rakan, berakhir dengan tragedi apabila dia tertembak rakannya sendiri sehingga mengalami kecederaan di bahagian perut, semalam.

Dalam kejadian di tepi sungai Jalan Swee Lee, Kuala Kurau, kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 33 tahun berkenaan dipercayai sedang minum bersama mangsa berusia 23 tahun yang bekerja sebagai penjaga kambing dan dua lagi rakan mereka.

Difahamkan, mangsa kemudiannya membawa keluar pistol miliknya jenis CZ 75 dengan niat hendak menunjuk-nunjuk kepada mereka tanpa menyedari ia masih mengandungi sebutir peluru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner (SAC) Anuar Othman berkata, pengawal peribadi yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Kuala Lumpur itu bertemu dengan tiga sahabatnya untuk menghadiri upacara sembahyang, susulan kematian seorang rakan mereka.

Katanya, lelaki terbabit kemudiannya mengeluarkan pistol miliknya itu sebelum mengeluarkan kelopak tanpa menyedari masih terdapat sebutir lagi peluru.

“Dia kemudiannya menarik picu pistol menyebabkan senjata terbabit meletup dan terkena mangsa yang berdiri di hadapannya pada jarak lebih kurang satu meter.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kiri perut telah menerima rawatan awal di Hospital Parit Buntar dan dilaporkan stabil,” katanya.

Anuar berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu melalui unit kecemasan hospital terbabit yang memaklumkan terdapat seorang lelaki cedera terkena tembakan.

Menurutnya, pengawal peribadi itu bagaimanapun cuba menyembunyikan cerita sebenar dengan melepaskan satu tembakan ke dalam beg sandang miliknya atas niat mereka cerita, kononnya pistol tersebut meletup dengan sendiri di dalam beg.

“Polis sudah merampas senjata iaitu sepucuk pistol bersama kelopak berisi lapan peluru jenis 9mm, sarung pistol dan sebutir kelonsong tertera tulisan 9mm daripada lelaki terbabit,” jelasnya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 44 Rekod Jenayah Ditembak Mati, Disyaki Dalang Geng Samun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran