web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Siasat Kes Pelajar Matrikulasi Perak Dikompaun

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 10:54AM

Seorang pelajar Matrikulasi Perak mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak mematuhi SOP. - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak terhadap dakwaan bahawa pelajar Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan segera akan diambil berhubung perkara itu sebaik siasatan selesai dijalankan.

“Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InshaAllah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ciapan itu ditujukan kepada seorang pengguna Twitter Bel (@NabilAmirul4) yang memuat naik sekeping gambar bersama kapsyen berhubung kompaun yang dikeluarkan berkenaan.

“Student (pelajar) Matrikulasi Perak kena kurung for the whole semester but end up KKM masuk cafe pergi kompaun RM1.5k dekat student,” katanya.

Ciapan itu menjadi hangat diperkatakan di platform berkenaan sehingga menarik perhatian ahli politik termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ciapan itu mendapat 30,000 kali ulang ciap dan 26,000 tanda suka. – Getaran, 20 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad