web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lando Zawawi Akan Terus Berkhidmat Walaupun Tewas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 8:41PM

Azlan Sani atau lebih dikenali sebagai Lando berkata, beliau tidak terkilan kalah di kerusi tersebut kerana sudah berjuang bersungguh-sungguh, walaupun tanpa jentera dan bajet besar seperti parti politik lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun tewas di kerusi Parlimen Tanjong Karang sehingga hilang deposit, namun calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Azlan Sani Zawawi tekad untuk terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu.

Azlan Sani atau lebih dikenali sebagai Lando berkata, beliau tidak terkilan kalah di kerusi tersebut kerana sudah berjuang bersungguh-sungguh, walaupun tanpa jentera dan bajet besar seperti parti politik lain.

“Saya akan tetap berkhidmat kepada penduduk Tanjong Karang bagi melawan kebobrokan sistem supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

“Bahkan, Brotherhood (Ikatan Silaturahim Brotherhood) turut membuka unit di Sungai Sireh, Tanjong Karang untuk merancakkan usaha kami di sana,” katanya kepada Getaran.

Mengulas mengenai kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Lando berkata, beliau baru saja menyertai politik dengan menjadi calon di kerusi Parlimen, justeru keputusan tersebut tidak mengejutkan.

“Saya baru dua minggu masuk politik tanpa menjadi ahli mana-mana parti dengan bajet sendiri, tiada pakatan bahkan kekuatan jentera tak sampai 10 orang.

“Saya juga tidak pernah berpolitik, saya cuma mengeratkan silaturrahim, memberi bantuan, menyelesai masalah dan mempromosi lokasi serta perniagaan di Tanjong Karang,” katanya.

Calon Perikatan Nasional (PN), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd Yusof yang memperoleh 15,874 dengan majoriti 2,180, Lando Zawawi (3,557) dan tiga calon lain. - Getaran, 20 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Saya Tak Zalimi Sesiapa, Termasuk Pembangkang - Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

4

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad