web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Tiket Pesawat Melambung, Pemilih Pasrah Tak Pulang Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 7:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lonjakan harga tiket pesawat dilihat menjadi antara punca pemilih gagal menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Situasi ini menimbulkan persoalan, apakah syarikat penerbangan hanya memikirkan keuntungan berbanding membantu melancarkan proses demokrasi terbesar itu.

Harga tiket didakwa mencatatkan kenaikan antara 30 hingga 50 peratus, menyebabkan segelintir pemilih terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang.

Seorang peguam, Diana Ramlan, 33, berkata, lonjakan harga berkenaan menyebabkan dua rakannya memutuskan untuk tidak mengundi walaupun sedar ia merugikan.

“Siapa aja yang tak mahu mengundi? Semua pun mahu tapi kalau berdepan kekangan wang ringgit hingga menyukarkan perbelanjaan selepas ini, hasrat mengundi memang terpaksalah dibatalkan.

“Memang menyusahkan rakyatlah, kerajaan patutnya fikirkan perkara ni. Nak rakyat keluar mengundi tapi tiket pula melambung tinggi. Bukan semua (pengundi) golongan T20,” katanya, kesal.

Katanya, dia sendiri terpaksa membelanjakan hampir RM400 untuk tiket penerbangan dua hala ke Pulau Pinang, bagi memastikan tidak terlepas proses mengundi.

“Kalau ada yang kata tak pulang mengundi, saya berani jamin aspek kewangan adalah antara faktor utama,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Getaran di media sosial mendapati, keadaan sama turut berlaku ke atas seorang pemilih wanita, yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

‘Saya tak dapat mengundi tahun ini kerana harga tiket pesawat terlalu mahal. Bukan saya tak sayangkan negara, tapi perlu berhemat dalam berbelanja dan menyusun kewangan dengan baik,” katanya yang dikenali sebagai Fifi.

Menjengah ke Twitter, ramai netizen mencadangkan agar undi pos turut dibenarkan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak mampu pulang mengundi dek kekangan kewangan.

“Undi pos sepatutnya dibenarkan ke atas semua penuntut yang tak mampu pulang ke kampung. Rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak tak dapat balik kerana harga tiket terlalu mahal,” kata @blqsmn.

@NazhanAbdullahA pula berkata, harga ditawarkan jauh mengatasi bayaran ansuran bulanan rumah.

“Saya bekerja dan mendapati harga tiket untuk penerbangan dua hala lebih tinggi daripada ansuran bulanan rumah. Ia amat tidak masuk akal,” katanya.

Pempengaruh media sosial, Ceddy turut mengakui kebenaran perkara itu dan berkata, beliau tidak sekali-kali akan memandang rendah pengundi yang gagal menunaikan tanggungjawab tersebut kerana masalah kewangan.

“Tidak, saya tidak akan pernah mencerca pengundi yang tidak berupaya untuk pulang. Tiket penerbangan dua hala saya ke Pulau Pinang berjumlah lebih RM750.

“Bukan semua orang mampu untuk suka-suka membelanjakan sebanyak ini hanya untuk balik kampung mengundi,” katanya. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan