web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akhirnya Laman MySPRSemak Boleh Diakses Selepas ‘Terganggu’ Sejak Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 1:45PM

Laman semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu https://mysprsemak.spr.gov.my/ boleh dilayari semula pengundi bagi menyemak lokasi dan saluran pusat pengundian. - Gambar SPR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas mengalami gangguan sejak malam tadi, akhirnya laman semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu https://mysprsemak.spr.gov.my/ boleh dilayari semula pengundi bagi menyemak lokasi dan saluran pusat pengundian.

Difahamkan gangguan sejak awal pagi tadi itu berpunca daripada kesesakan capaian trafik internet.

Beberapa pengguna yang cuba mengakses laman tersebut mendapati mereka dibawa ke halaman 502 Bad Gateway.

Gangguan itu menimbulkan rungutan orang ramai dengan sesetengah pengundi terpaksa menyemak butiran dan saluran undi mereka secara manual dengan bantuan beberapa pegawai SPR.

Perkara itu turut mendapat perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak SPR menyelesaikan segera masalah tersebut.

Katanya,  PH menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung kegagalan untuk mengakses laman SPR bagi menyemak tempat mengundi mereka sejak malam tadi.

“Kepincangan ini amat mendukacitakan kerana SPR seharusnya melakukan segala persediaan untuk memastikan kelancaran proses pengundian.

“Justeru, saya desak SPR untuk segera memperbetulkan masalah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sejak semalam, orang ramai meluahkan rungutan di media sosial susulan tidak dapat mengakses laman web SPR bagi menyemak lokasi pengundian mereka.

Dijangka 21,173,638 rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu dengan sebahagiannya sudah melaksanakan tanggungjawab itu mengundi awal dan secara undi pos.

Kempen PRU-15 yang bermula pada 5 November lalu berakhir tengah malam tadi dengan hari ini ditetapkan hari pengundian di seluruh negara.

PRU-15 diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Oktober lalu. 

Berikutan pilihan raya Parlimen Padang Serai diadakan berasingan, seramai 939 calon akan bertanding hari ini bagi merebut 221 kerusi Parlimen. 

Karupaiya, 69, sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU-15.

Sementara itu, seramai 441 calon akan bersaing untuk merebut 117 kerusi DUN di Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan