web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Dengan Berhati-Hati, Elak Kertas Undi Menjadi Rosak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 9:32PM

Pengundi ingatkan supaya berhati-hati dengan kertas undi untuk mengelakkan daripada sebarang kecacatan yang memungkinkan ia dianggap sebagai rosak. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi dinasihatkan untuk membuat penandaan hanya di dalam petak disediakan di atas kertas undi, bagi mengelakkan berlaku keraguan sehingga menyebabkan undi mereka ditolak, esok.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tanda seperti pangkah, rait, bulat dan bintang malah titik (dot) akan diterima ketika proses pengiraan undi dilakukan selepas waktu mengundi tamat. 

Penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir, Dr G Manimaran berkata, pengundi dinasihatkan untuk memastikan terlebih dahulu membawa kad pengenalan atau MyKad ketika berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing yang dijangka dibuka seawal jam 8 pagi.

Katanya, jika seseorang pengundi kehilangan MyKad, mereka perlu terlebih dahulu membuat laporan polis dan membawa resit sementara kad pengenalan ke PDM sebelum dibenarkan mengundi.

Dr G Manimaran
Dr G Manimaran

“Selain itu, mereka juga dibenarkan untuk membawa lesen atau pasport jika ada, tapi saya nasihatkan jika MyKad hilang buatlah laporan polis terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan di PDM,” katanya kepada Getaran.

Mengulas mengenai proses pengundian di PDM, Manimaran berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, SPR memperkenal peraturan baharu iaitu tidak membenarkan pengundi membawa masuk telefon bimbit ketika proses memangkah.

Menurutnya, SPR akan menyediakan ruangan simpanan atau kotak untuk pengundi meninggalkan telefon bimbit mereka di saluran masinga-masing sebelum dibenarkan memangkah undi.

``Ia adalah peraturan baharu yang mana pengundi akan diminta untuk meninggalkan telefon bimbit mereka di ruangan atau kotak yang disediakan sebelum dibenarkan untuk memangkah kertas undi,” katanya.

Pada masa sama, Manimaran yang juga wartawan veteran dan sudah membuat liputan mengenai pilihan raya sejak 1991 turut mengingatkan pengundi untuk hadir ke PDM dalam keadaan tangan bersih daripada sebarang kekotoran seperti dakwat kekal dan sebagainya.

“Tanda dakwat kekal contohnya di jari bermaksud kita sudah mengundi. Jadi pergilah ke pusat mengundi dengan tangan yang bersih tanpa sebarang tanda dakwat kekal.

“Kemudian, kerani SPR akan memberikan pengundi kertas mengundi sama ada satu atau dua kertas bergantung kepada negeri mereka.

“Jika kamu pengundi di Perlis, Perak dan Pahang kamu akan terima dua kertas mengundi iaitu untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang warnanya akan berlainan antara satu dengan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Manimaran berkata, pengundi dibenarkan untuk membuat tanda pangkah, rait, bulat, bintang malah titik di petak yang disediakan di atas kertas undi namun diingatkan supaya hanya membuat tanda pangkah supaya terjamin diterima.

“Di atas kertas undi nanti, akan ada tiga ruang utama, iaitu ruangan nombor calon, nama calon dan petak untuk menandakan. Tandalah di petak tang disediakan selari dengan nama dan logo calon pilihan anda.

“Tapi diingatkan supaya tidak menanda melepasi petak sehingga masuk ke ruangan calon lain kerana ia akan dikira sebagai undi rosak,” katanya.

Selain itu, tegas beliau, pengundi juga tidak dibenarkan menulis nama sendiri atau pun nama calon atau apa-apa tulisan lain di kertas undi tersebut kerana ia juga akan ditolak oleh SPR ketika proses pengiraan undi dilaksanakan.

Manimaran juga mengingatkan pengundi supaya berhati-hati dengan kertas undi untuk mengelakkan daripada sebarang kecacatan yang memungkinkan ia dianggap sebagai rosak.

“Apa saja tanda asing yang ada di kertas undi, pengundi boleh meminta kerani SPR untuk mendapatkan kertas undi baharu namun perlu dibuat sebelum memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.

“Jika terlihat kekotoran akibat cop SPR di kertas undi terutamanya di bahagian kotak memangkah, minta kerani untuk menukar kertas undi tersebut kerana jika dibiarkan ia mungkin akan mendatangkan keraguan ketika proses pengiraan undi,” katanya.

Menurut beliau, proses pengiraan undi akan dibuat selepas proses mengundi tamat iaitu selepas jam 6 petang dan akan membabitkan wakil daripada setiap parti bertanding untuk menentukan sama ada undian dibuat diterima atau tidak.

Esok, 19 November, negara bakal menyaksikan proses demokrasi terbesar bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, untuk menentukan gabungan manakah yang bakal mentadbir negara bagi lima tahun ke depan.

Empat gabungan besar iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo PEJUANG, bakal berentap dengan rakyat menjadi penentu kerajaan pemerintah.

SPR sebelum ini mengumumkan jumlah pengundi pada PRU-15 kali ini adalah seramai 22,173,638 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 1,393,549 pemilih adalah berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama pada PRU-15 kali ini.

Berdasarkan statistik umur Daftar Pemilih yang dikemas kini sehingga 9 Oktober, seramai 86,914 pengundi berusia 90 tahun ke atas.

Bagi lingkungan umur 21 hingga 29 tahun, seramai 4,614,429 pengundi layak sementara bagi usia 30 hingga 59 tahun membabitkan 11,354,094 pengundi diikuti pemilih warga emas 3,724,652. - Getaran, 18 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek