web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Setiap Kali Hujan, Penduduk Taman Sentosa Ria Rayu Penyelesaian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2022 4:59PM

Getaran yang melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan diberitahu seorang penduduk, rumahnya dinaiki air setinggi dua kaki lewat malam tadi - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Penduduk di Lorong Dato Abdul Hamid, Taman Sentosa Ria, bingung apabila terpaksa menanggung kerugian susulan banjir yang pasti berlaku, setiap kali kawasan berkenaan dilanda hujan lebat melebihi sejam.

Tambah menekan perasaan, banjir yang berlaku malam tadi adalah yang kedua sejak awal November lalu.

Getaran yang melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan diberitahu seorang penduduk, rumahnya dinaiki air setinggi dua kaki lewat malam tadi.

George James, 46, berkata, ini kali kedua kejadian seumpama itu berlaku ke atas dirinya dan keluarga.

George James
George James

Katanya, kediaman mereka sekeluarga terletak bersebelahan dengan longkang utama, menyebabkan paras air meningkat lebih cepat di situ berbanding kawasan lain.

“Memang kalau setiap kali hujan, kawasan perumahan kami akan dinaiki air. Keadaan ini berlaku disebabkan longkang utama ini penuh dan airnya melimpah ke jalan raya dan masuk ke rumah penduduk.

“Tak dinafikan ada kerja pembersihan longkang dibuat oleh pihak berwajib, namun jika hujan melebihi satu jam seperti berlaku malam tadi, confirm air naik,” katanya yang sedang membersihkan halaman rumahnya, ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi penduduk, Tuang Thiam Chai, 55, berkata dia dan isterinya, Ng Siew Kuan, 52, memang sentiasa bersiap sedia untuk menyelamatkan barangan penting di dalam rumah setiap kali hujan lebat melanda kawasan perumahan mereka.

“Tiap-tiap tahun kami hadapi banjir sebegini namun kejadian pada malam tadi tidak seteruk Disember tahun lalu. Jadi barangan yang rosak hanya perkakas kayu di dalam rumah.

“Cumanya apa yang kami bimbang jika banjir tersebut terlalu besar dan sekelip mata, kami tak (akan) sempat buat apa-apa kerana kami sudah berusia dan mak saya juga tinggal bersama di sini,” luahnya.

Tiap-tiap tahun para penduduk menghadapi banjir sebegini namun kejadian pada malam tadi tidak seteruk Disember tahun lalu
Tiap-tiap tahun para penduduk menghadapi banjir sebegini namun kejadian pada malam tadi tidak seteruk Disember tahun lalu

Justeru, Thiam Chai berkata, kerajaan negeri diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin, memandangkan isu terbabit sudah berlarutan saban tahun.

Turut terkesan ialah seorang Penyelia Projek, Devindran Gunasegaran, 25, yang baru saja berpindah ke perumahan tersebut awal tahun ini.

Beliau mengakui terkejut apabila paras air naik mendadak hanya dalam tempoh sejam kerana tidak pernah memiliki pengalaman berdepan banjir sebelum ini.

“Saya tak tahu kawasan ini lokasi banjir, jadi bila hujan lebat malam tadi, saya sedang tidur. Tiba-tiba jiran ketuk pintu rumah bagitahu air sudah mula naik.

“Saya cuma sempat selamatkan barangan peribadi yang penting saja. Mesin basuh, peti sejuk dan beberapa lagi alat elektronik lain rosak akibat dimasuki air,” keluhnya.

Difahamkan, banjir tersebut berlaku akibat peningkatan paras air longkang besar secara mendadak selepas kawasan sekitar dilanda hujan lebat melebihi dua jam
Difahamkan, banjir tersebut berlaku akibat peningkatan paras air longkang besar secara mendadak selepas kawasan sekitar dilanda hujan lebat melebihi dua jam

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor semalam memaklumkan, terdapat tujuh kawasan di Andalas, Klang dinaiki air iaitu di Taman Sentosa Perdana; Takan Klang Ria; Taman Lim Chong Hin; Taman Sentosa Ria 2; Taman Mewah Jaya 3; Taman Mujur dan Taman Sejati 5.

Difahamkan, banjir tersebut berlaku akibat peningkatan paras air longkang besar secara mendadak selepas kawasan sekitar dilanda hujan lebat melebihi dua jam. – Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad