web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saiz Kabinet Lebih Kecil Selepas PRU-15 - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 7:36AM

Ismail Sabri Yaakob akan mengecilkan saiz Kabinet beliau apabila menerajui kerajaan yang mendapat mandat baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengecilkan saiz Kabinet beliau apabila menerajui kerajaan yang mendapat mandat baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mengakui saiz Kabinet setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos tahun lepas sebagai terlalu besar, Ismail Sabri berkata barisan Jemaah Menteri di bawah kepimpinannya selepas ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki pelbagai kepakaran.

“Memang terlalu besar dan pastinya saya akan mengecilkan Kabinet saya,” katanya dalam Bual Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran bersama Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri yang disiarkan oleh Bernama TV dan beberapa stesen televisyen tempatan malam tadi.

Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob
Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata selain ahli politik, pembentukan Kabinet dengan kepelbagaian kepakaran itu akan membabitkan golongan teknokrat. 

Pada 27 Ogos tahun lepas, Ismail Sabri mengumumkan senarai barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' membabitkan 31 Menteri termasuk empat Menteri Kanan sebagai pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat selain 38 Timbalan Menteri. 

Tanpa memegang sebarang portfolio atau menamakan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri menyenaraikan kembali kebanyakan menteri penuh yang berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sekiranya diberi peluang untuk terus mentadbir negara, Ismail Sabri berkata beliau akan memperkasa semua agensi dan jabatan kerajaan selain menangani kerenah birokrasi yang melampau.

“Kelulusan ini kadang-kadang menghindarkan kemasukan pelabur asing ke negara kita dan jika dibandingkan dengan negara lain, setiap kelulusan itu terpaksa tunggu lama. Kerenah birokrasi merupakan kerenah yangg perlu diberikan fokus,” katanya.

Tanpa memegang sebarang portfolio atau menamakan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri menyenaraikan kembali kebanyakan menteri penuh yang berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Fail
Tanpa memegang sebarang portfolio atau menamakan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri menyenaraikan kembali kebanyakan menteri penuh yang berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Fail

Perdana Menteri berkata beliau juga akan memberi perhatian untuk mengubah dasar luar supaya Malaysia kembali menyerlah di peringkat antarabangsa selepas kurang menyerlah disebabkan pandemik COVID-19.

“Kita mesti kembalikan keagungan lepas dari segi peranan kita dengan dasar luar kita. Kita perlu dilihat lebih terlibat dan kehadiran kita dalam memperjuang isu besar dirasai oleh dunia,” katanya.

Menyedari kos sara hidup menjadi perbualan rakyat, Ismail Sabri berjanji untuk memberi fokus terhadap isu tersebut selari dengan manifesto Barisan Nasional (BN) namun mengakui ia satu perkara besar kerana dipengaruhi ketidaktentuan di peringkat global. 

"Walaupun kita telah adakan Jawatankuasa Jihad Perangi Inflasi dan sebagainya tapi kita akan tambah baik setiap kelemahan yang ada kerana yang paling penting bagi rakyat adalah isu harga barang yang perlu diberi perhatian," katanya. 

Perdana Menteri turut menekankan bahawa usaha membasmi kemiskinan bukanlah sesuatu yang klise sebaliknya ia perkara yang perlu diperjuang malah kerajaan mahu menghapuskan miskin tegar pada 2025 sebagaimana termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-12. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan