web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Dambakan Calon Sahsiah Terpuji, Bantu Selesai Isu Asas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 9:00AM

Pengundi muda mengakui akan memilih calon memiliki integriti, bersih daripada salah laku, cekap dan menepati janji pada Pilihan Raya Umum Ke-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiap pengundi tidak kira peringkat usia atau latar belakang, pastinya mahukan pemimpin yang mempunyai kriteria nilai diri positif dan tidak terpalit dengan tindakan tiada moral.

Justeru, menerusi hasil tinjauan Getaran mendekati golongan pengundi muda yang kali pertama akan melaksanakan tanggungjawab itu, mereka mengakui akan memilih calon memiliki integriti, bersih daripada salah laku, cekap dan menepati janji pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mereka turut meletakkan syarat penting kepada calon Ahli Parlimen di kawasan masing-masing, iaitu membela nasib graduan, terutama membabitkan isu kekurangan peluang pekerjaan.

Graduan kejuruteraan dari institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, Hakim Huzaimi, 24, berkata dia akan meneliti dan membuat penilaian latar belakang terhadap semua calon yang bertanding di kawasannya sebelum membuat keputusan memilih siapa.

Hakim Huzaimi
Hakim Huzaimi

Anak muda berasal dari Keramat Jaya di sini itu memaklumkan, kriteria penting akan menjadi sandarannya untuk memuktamadkan siapa calon bakal dipilih adalah mereka yang mampu memperjuangkan isu pendidikan dan peluang pekerjaan berkualiti membabitkan graduan sepertinya.

“Negara selepas beralih dari fasa pandemik menyaksikan beberapa masalah membabitkan isu pendidikan apabila sebahagian besar golongan lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), sudah tidak mahu melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

“Bagaimanapun, trend tersebut mampu diubah jika pemimpin pandai mengorak langkah ke arah pendidikan berkualiti. Jadi, pemimpin kena pastikan mereka menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi, dengan bantuan pinjaman atau biasiswa.

“Apa yang penting adalah mereka (Ahli Parlimen) memberikan pendidikan kepada anak muda, terutamanya yang betul-betul mahu melanjutkan pengajian, namun tidak berkemampuan,” katanya kepada Getaran.

Pengundi Parlimen Titiwangsa itu berkata, dia berharap Ahli Parlimen dan kerajaan akan dibentuk dapat memastikan nasib rakyat lebih terbela, termasuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baik.

“Sebagai contoh saya ada pinjaman lebih kurang RM70,000 kerana melanjutkan pengajian di IPT swasta, jadi kalau boleh peroleh peluang pekerjaan dengan gaji asas yang bagus, bolehlah meringankan beban saya menampung kos sara hidup dan membayar semula pinjaman tersebut.

“Saya juga berharap peluang pekerjaan akan diwujudkan dengan lebih banyak memandangkan graduan yang menamatkan pengajian di IPT meningkat saban tahun, namun pekerjaan amatlah sedikit,” katanya.

Bagi penuntut di sebuah universiti, Nur Sarah Akmal Akasyah, 22, dia ingin melihat negeri kelahirannya, Kedah mencipta lebih peluang pekerjaan supaya golongan muda sepertinya di situ tidak perlu berhijarah ke bandar untuk bekerja.

Nur Sarah Akmal Akasyah
Nur Sarah Akmal Akasyah

Katanya, calon yang bakal mendapat undiannya pastilah individu yang memberi manfaat terhadap mahasiswa sepertinya.

“Saya akan lihat pemimpin itu berkaliber atau tidak, apa yang pernah dia sumbangkan pada negara dan rakyat, adakah dia memudahkan urusan golongan mahasiswa seperti saya.

“Saya juga akan menilai sejauh mana dia sebelum ini dapat menepati janji selepas memenangi pilihan raya terdahulu, supaya tidaklah hanya sekadar menabur janji,” katanya.

Selain itu, Adliana Zahirah Mohd Zamrey, 21, berpendapat dia tidak akan ragu-ragu untuk memilih calon yang memiliki sahsiah dan track record (rekod prestasi) baik sebagai wakil rakyat di kawasannya.

Jelasnya, Ahli Parlimen yang berintegriti tinggi pastinya akan menggalas amanah dan tanggungjawab dengan baik, sekali gus membantu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat setempat.

“Apabila calon itu berintegriti tinggi, mereka pasti akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik tanpa berkompromi siapa pun kumpulan rakyat diwakilinya, malah pastinya misi mereka memfokuskan untuk memudahkan urusan dan membantu menyelesaikan masalah.

“Saya amat berharap supaya calon yang akan diundi nanti dapat memperjuangkan isu seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan masalah ekonomi di negara ini supaya mengurangkan tekanan hidup rakyat,” katanya. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar