web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Tidak Dibenarkan - SPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 8:00AM

Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan di sini malam ini memaklumkan pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan gajet itu di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula selepas selesai mengundi.

“Pelaksanaan tatacara pengundian baharu ini boleh dirujuk menerusi poster ‘Tatacara 10 Langkah Pengundian’ yang menjelaskan proses pengundian sepenuhnya dan maklumat lanjut juga telah dimuat naik di laman Facebook, Instagram dan Twitter SPR,” menurut kenyataan itu.

Sebagai peringatan, notis dan poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletak di luar dan di dalam tempat mengundi.

SPR turut mengingatkan tanggungjawab orang yang dibenarkan hadir dalam urusan berkaitan pilihan raya untuk memelihara kerahsiaan maklumat pengundian sebagaimana termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR menyeru semua pengundi untuk mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ketika berada di tempat mengundi (saluran),” katanya.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari mengundi bagi PRU-15 manakala pengundian awal berlangsung hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Penggemar Fotografi, Siri Honor 200 Ini Adalah Untuk Anda!

4

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad