web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dalang Utama Video Judi Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 10:10AM

Polis tahan dalang utama penghasilan klip video raya yang mempromosikan judi dalam talian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalang utama penghasilan klip video raya yang mempromosikan judi dalam talian ditahan bersama empat individu lain di sekitar Selangor dan ibu negara, semalam.

Selain dalang utama yang diburu, turut ditahan adalah pengarah, penyanyi dan komposer kerana dipercayai terbabit sama dalam penghasilan klip video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan terhadap kedua-dua klip video terbabit membawa kepada penahanan lima individu termasuk suspek utama yang diburu.

Beliau berkata, dia dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video terbabit.

“Ini menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini adalah seramai 18 orang. Lima suspek yang ditahan akan direman hari ini.

“Mereka terdiri daripada pengarah, penyanyi dan komposer. Siasatan masih lagi diteruskan bagi menjejaki sindiket perjudian dalam talian tersebut,” katanya kepada media.

Ketibaan sambutan Aidilfitri yang dinanti-nantikan umat Islam di negara ini dicemari dengan penerbitan dua klip video yang mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian dengan menggunakan latarbelakang sambutan perayaan Aidilfitri.

Berlatarbelakangkan perayaan utama umat Islam itu, video terbabit membawakan lirik yang menggalak serta mengajak masyarakat untuk berjudi supaya boleh mendapatkan 'duit raya'.

Bagaimanapun, tindakan itu nyata mendapat kecaman pelbagai pihak yang nyata tidak berpuas hati dengan tindakan menerbitkan video terbabit apabila disifatkan tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara. - Getaran, 19 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad