web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Halang Fahmi Reza Adakan Program Dalam Kampus, Angkatan Mahasiswa Kecam ‘Kebaculan’ UM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 9:29PM

Angkatan Mahasiswa UM mengecam tindakan ‘bacul’ UM memandangkan subjek politik sememangnya terdapat dalam silibus pengajian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran Universiti Malaya (UM) seolah-olah menyekat kebebasan berpersatuan mahasiswanya apabila melarang aktivis, Fahmi Reza masuk ke institusi pengajian tinggi itu untuk menghadiri program literasi politik yang dikenali sebagai #KelasDemokrasi.

Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM, Nazirah Abdullah berkata, pihaknya mengecam tindakan ‘bacul’ universiti itu, memandangkan subjek politik sememangnya terdapat dalam silibus pengajian.

Malah katanya, kelas demokrasi dihadiri Fahmi Reza tersebut tidak cenderung kepada mana-mana parti politik dan beliau juga aktivitis yang lantang mengkritik semua pihak.

“Kita kira pentadbiran tak perlu takut dengan sosok seperti Fahmi Reza kerana penting untuk ada pencerahan tentang pendidikan ini.

“Malah, jika melihat kepada data sekali pun, sejak ada Undi18 ini, undi anak muda, kebanyakan mereka adalah pengundi kali pertama terutamanya mahasiswa/mahasiswi di universiti.

“Oleh itu, Angkatan Mahasiswa UM berharap pihak pentadbiran mengambil serius isu ini, kebebasan berpersatuan adalah hak semua rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Kelmarin, Angkatan Mahasiswa UM mengadakan #KelasDemokrasi yang disampaikan Fahmi Reza, namun beliau dihalang pihak pentadbiran daripada memasuki universiti berkenaan.

Selepas lokasi diubah sebanyak lima kali sehingga mengambil masa lima jam sebelum ia dapat dimulakan, program terbabit akhirnya diadakan di sebuah restoran yang terletak di luar UM.

Beberapa lokasi dirancang di kawasan universiti itu, sama ada di dalam atau luar fakulti, dihalang 10 polis bantuan.

Insiden luar jangka itu menyaksikan waktu program juga terpaksa dianjak ke jam 9.45 malam.

Apa yang menarik, ia masih menerima sambutan dan dihadiri kira-kira 150 tetamu.

Nazirah memberitahu, penganjuran sesuatu program oleh persatuan pelajar di UM hanya memerlukan mereka meminta kelulusan daripada Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM).

“Tidak perlu melalui pentadbiran dan kelulusan HEP. Ini tertakluk di bawah bidang kuasa KMUM sendiri dan (kita) sudah pun mendapat kelulusan tersebut.

“Polis bantuan sepatutnya membawa surat hitam putih, iaitu bukti mereka diarahkan memberhentikan program ini. 

“Namun, (ini) hanya omong mulut sahaja, tiada sekeping kertas pun ditunjukkan kepada kami daripada pihak pentadbiran UM,” katanya. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pentaskan Teater Ada Babak Tak Senonoh, UM Mohon Maaf Isu ‘Soft Porn’

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam