web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: 146,737 Warga ATM Tunai Tanggungjawab Selasa Ini - Panglima ATM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 2:27PM

Anggota ATM dan pasangan di seluruh negara akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian awal bagi PRU-15, Selasa ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan di seluruh negara akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Selasa ini.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, yang berharap proses berkenaan berjalan lancar berkata sebanyak 153 pusat mengundi telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pusat pengundian awal bagi anggota dan pasangan  ATM di seluruh negara.

“ATM sentiasa menyokong proses dan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

“Atas kesetiaan kepada baginda juga, warga ATM sentiasa berpegang kepada norma integriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR menetapkan Selasa ini sebagai hari pengundian awal dan hari pengundian pada 19 November (Sabtu).

Dalam pada itu, Affendi berkata ATM juga bersedia menghulurkan bantuan kepada SPR, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa awam dalam memastikan proses pengundian pada 19 November ini berjalan lancar.

“Pada masa sama ia bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini sepanjang proses pengundian serta apabila keputusan pilihan raya diumumkan kelak,” katanya.

Menurutnya ATM juga akan terus fokus kepada keutamaan dalam memperkasakan kesiapsiagaan angkatan demi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara pada setiap masa.

“Apatah lagi, ketika negara kini memasuki musim monsun timur laut yang bermula sejak 7 Nov lepas dan akan berlarutan hingga Mac tahun depan.

“ATM telah bersiap siaga dan bersedia untuk mengatur gerak aset sekiranya berlakunya banjir terutama di negeri yang berisiko terjejas dengan bencana tersebut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad