web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Promosi Judi, Sindiket Bukan Ahli FDAM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 8:01AM

Video yang mempromosi judi dalam talian telah menjadi tular sejak minggu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tidak menemukan nama sindiket yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian dalam rekod keahlian FDAM.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.

Beliau berpandangan insiden video itu juga telah memalitkan onar kepada karyawan filem terdiri daripada pengarah, kru produksi dan pelakon yang sentiasa menjaga integriti sebagai penggiat industri kreatif. 

“FDAM menyelar pihak bertanggungjawab yang sanggup mencemar kesucian Ramadan dan Syawal serta mengguris perasaan umat Islam dengan penerbitan video itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad menjelaskan sebagai persatuan yang mengawal selia aktiviti pengarahan dan integriti pengarah, FDAM sentiasa memastikan ahlinya mematuhi etika seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

Katanya, sesiapa yang didapati melanggar etika akan dipanggil oleh Jawatankuasa Tatatertib FDAM untuk diambil tindakan.

Beliau juga berharap semua karyawan agar sentiasa mematuhi perlembagaan persatuan masing-masing dan undang-undang negara selain meminta setiap pemimpin persatuan untuk memantau ahlinya agar nama baik persatuan dan industri perfileman Malaysia sentiasa terpelihara.

Sejak Jumaat, tular dalam media sosial mengenai penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di dalam negara berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 individu termasuk penerbit dan pelakon bagi membantu siasatan pembikinan kedua-dua video yang mempromosikan judi dalam talian itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar