web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Judi Kedua, 4 Termasuk Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 4:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lagi suspek kes video judi kedua yang tular baru-baru ini ditahan di sekitar Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah, kesemua individu yang ditahan itu dipercayai terlibat sebagai pelakon dalam penggambaran video berkenaan.

Menurut beliau, mereka mengaku menerima bayaran sebanyak RM200 setiap seorang sebagai upah berlakon.

“Kesemua mereka yang ditangkap berusia antara 24 hingga 32 tahun, dan direman mulai hari ini hingga esok,” katanya kepada media.

Mohamad Zainal memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih berjalan mengikut prosedur sepatutnya.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya.

Polis sebelum ini percaya video judi raya dalam talian kedua yang tular pagi semalam dihasilkan oleh produksi yang sama.

Siasatan awal mendapati, pelakon video pertama dan kedua saling mengenali.

Susulan penyebaran video, polis sedang berusaha mengesan suspek utama, dikenali sebagai Loh Kee Hoe, 35 tahun yang memiliki alamat terakhir di Kuala Lumpur.

Dia dipercayai adalah dalang utama pembikinan dua video berkenaan. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran