web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon Fitnah Anwar Ketika Ceramah Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 3:38PM

Razman Zakaria - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Perikatan Nasional, Razman Zakaria kini disiasat polis, susulan ucapan beliau di Tapak Pasar Hari Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, Perak didakwa mengandungi unsur fitnah yang ditujukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, siasatan itu juga kerana apa diperkatakan pemimpin terbabit didakwa berniat jahat terhadap Anwar, iaitu calon kerusi Parlimen Tambun.

Katanya, kes terbabit adalah satu daripada empat kertas siasatan dibuka polis berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang membabitkan dua kes di Kedah, manakala masing-masing satu di Perak dan Terengganu.

“Kes di Perak ini disiasat susulan seorang lelaki membuat aduan menerima rakaman video ucapan Razman.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM),” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kes kedua membabitkan laporan diterima polis berhubung khemah pusat mengundi di Tapak Mahlus, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Taman Cili, Lunas, Kedah dibakar, manakala bendera komponen Barisan Nasional (BN) dicabut dan dibuang ke dalam longkang.

“Seorang suspek ditangkap dan permohonan reman dibuat hari ini.

“Kes ini disiasat mengikut 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/Seksyen 427 Kanun Keseksaan/Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Pengarah Operasi PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, dalam kes berbeza semalam di Langkawi, Kedah, seorang pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati terhadapnya, selepas dia dilantik sebagai ketua pusat daerah mengundi (PDM) Cawangan Pulau Tuba.

“Suspek mengugut menumbuk pengadu jika terjumpa pengadu di luar atau semasa berkempen. Suspek sudah ditangkap dan permohonan reman dibuat hari ini.

“Ia disiasat membabitkan seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Manakala dalam satu kes semalam di Kemaman, Terengganu, seorang pengadu mendapati dua sepanduk digantung di Simpang Tiga, Tol Chukai, Kemaman, bertujuan memalukan dan menghina calon BN Kemaman.

“Banner (sepanduk) digantung memaparkan gambar calon BN dengan perkataan cabul kehormatan (cekor).

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hazani berkata, sebanyak 997 ceramah berlangsung dengan permit, iaitu 193 di Sabah, diikuti Sarawak membabitkan 144, Johor (125), Selangor (113) dan Perak (102).

Manakala, sebanyak 72 ceramah berlangsung tanpa permit, semalam dengan tertinggi direkodkan di Negeri Sembilan, iaitu 21, selain Kuala Lumpur (15), Perak (14), Selangor (13) dan Kedah (5). - Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik