web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 5 Remaja Serang Pelajar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 8:48AM

Lelaki berbaju warna merah tiba-tiba menampar mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan lima remaja yang disyaki terbabit dalam satu kejadian menyerang dan memukul seorang pelajar sekolah menengah di Taman Daya di sini, minggu lalu.

Video insiden itu, yang memaparkan seorang pelajar lelaki dipercayai berusia 14 tahun berpakaian seragam sekolah menengah dimarahi beberapa orang lelaki dan turut ditampar, tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada 10.45 malam, 8 April lalu.

“Anggota Balai Polis Setia Indah menerima laporan daripada seorang pelajar lelaki memaklumkan dia telah dipukul oleh lima orang lelaki yang tidak dikenalinya, ketika  sedang berbual dengan rakannya di hadapan sebuah sekolah.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat suspek yang tidak berpuas hati kerana menganggap mangsa telah mengejek adik saudara suspek.

“Oleh itu, suspek bersama empat lagi rakannya bertindak menyerang dan memukul mangsa beberapa kali di bahagian muka,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, lima remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 506 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Berdasarkan video berkenaan, mangsa dilihat sedang disoal seorang lelaki berbaju warna merah sebelum tiba-tiba ditampar.

Kemudian, dua lagi lelaki turut bertindak menyerang mangsa sebelum cuba meleraikan pergaduhan.

Terdapat seorang pelajar berpakaian seragam sekolah berada di tempat kejadian, manakala seorang lagi merakam kejadian berkenaan. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad