web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah 7 Daerah Laksana PKP Ditutup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 8:40AM

Gambar sekadar hiasan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua sekolah di tujuh daerah yang berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup bermula hari ini sehingga 24 April depan.

Keputusan itu diambil selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas Negeri Kelantan petang semalam, susulan peningkatan kes COVID-19 membabitkan sekolah negeri ini di kalangan guru atau murid.

Serentak dengan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zulkernai Fauzi menerusi satu surat pekeliling yang dikeluarkan malam tadi memaklumkan, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama.

Katanya, semua sekolah yang ditutup perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah ( PdPR).

“Hasil mesyuarat itu mencadangkan penutupan semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di tujuh daerah yang dilaksanakan PKP.

“Sehubungan itu, KPM membuat ketetapan bahawa semua sekolah di tujuh daerah berkenaan ditutup mulai 18 hingga 24 April ini,” katanya.

Beliau berkata, Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah membuat pemantauan ke semua sekolah bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Media sebelum ini melaporkan tujuh daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Bachok berdepan pelaksanaan PKP susulan peningkatan ketara kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu.

Kelantan semalam merekodkan sebanyak 225 kes COVID-19 baharu. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar