web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Noor Hisham Digesa Letak Jawatan, Benarkah Beliau Gagal?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 7:57AM

Dr Noor Hisham - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika jentera perubatan negara berusaha sehabis baik membendung gelombang keempat pandemik COVIV-19, ada gesaan yang timbul agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan pada kadar segera.

Ia susulan kelemahan Kementerian Kesihatan dalam membendung penularan virus, hingga mengakibatkan negara berdepan gelombang keempat dengan jangkitan harian yang kian bertambah.

Gesaan itu muncul di Twitter semalam, yang antara lain turut mendesak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diketuai Khairy Jamaluddin bersikap telus, khususnya dalam aspek pemberian vaksin COVID-19.

Dimuat naik oleh seorang konsultan profesional dikenali sebagai Jason Leong, ciapan berkenaan juga mendakwa, Malaysia gagal menangani penularan COVID-19 dengan baik seperti Singapura, yang berjaya menurunkan kadar jangkitan ke satu angka, berbanding sebelumnya.

Bercakap kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini, Jason berkata negara jiran berkenaan dengan mekanisme yang tersusun dan strategik, berjaya membuktikan COVID-19 boleh ditangani dengan efektif.

“Singapura satu ketika dahulu lebih teruk kadar kes mereka berbanding Malaysia. Tapi mereka cepat bertindak dan sedar bahawa saringan kesihatan secara berulang-kali membantu mereka mengesan setiap pesakit dengan pantas.

“Apabila pengesanan kontak (contact tracing) dapat dilakukan pada kadar segera, ia membantu semua pesakit menerima rawatan sewajarnya dan menjalani semua prosedur berkaitan,” katanya.

Mengakui ini bukan kali pertama beliau menggesa Dr Noor Hisham meletakkan jawatan, Jason berkata gesaan berkenaan tidak mengandungi sebarang agenda peribadi.

“Secara peribadi saya tidak ada masalah dengan Dr Noor Hisham malah saya akui, beliau menjalankan tanggungjawab dengan cukup cemerlang ketika Malaysia berhadapan gelombang pertama COVID-19.

“Namun, prestasi mengagumkan itu menjunam jatuh selepas gelombang kedua dan seterusnya menular. Ia membuatkan saya tertanya-tanya, apa sebenarnya sudah terjadi,” katanya.

Setuju dengan pandangan bahawa tidak adil untuk meletakkan semua ‘kegagalan’ di bahu ‘panglima perang’ jentera perubatan negara itu, Jason bagaimanapun berkata Dr Noor Hisham sebagai seorang individu yang berpengalaman luas dalam sektor kesihatan seharusnya bijak menyusun strategi menentang COVID-19 secara lebih terancang.

“Saya tak faham bagaimana seorang figura yang berpengalaman luas mengepalai kementerian terpenting di Malaysia, gagal menyusun hala tuju membasmi COVID-19 dengan baik.

“Paling mudah, kita lihat jenis saringan kesihatan dilakukan. Kenapa perlu menggunakan jenis ujian yang memerlukan masa lama untuk mendapatkan keputusan? Mengapa tidak gunakan kit ujian pantas (RTK) seperti Singapura yang sememangnya lebih efektif untuk tindakan segera?” tegasnya lagi.

Jason menarik perhatian, penggunaan RTK oleh pasukan perubatan republik itu membolehkan saringan kesihatan dilakukan berulang kali, sekali gus memungkinkan setiap pesakit diberi rawatan segera sebaik sahaja keputusan menunjukkan mereka dijangkiti COVID-19.

“Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah membantu mengelak penularan atau jangkitan virus daripada merebak kepada orang lain,” katanya.

Dalam keadaan negara yang dikatakan sedang berhadapan gelombang keempat, rakyat sememangnya mengharapkan keajaiban, atau setidak-tidaknya kemampuan jentera perubatan menggempur penularan virus secara lebih holistic.

Dengan jangkitan yang semakin meninggi tetapi pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 pula diragui keberkesanannya, apakah masih ada sinar harapan untuk melihat negara bebas daripada ancaman virus maut ini?

Apakah ada individu yang lebih layak selain Dr Noor Hisham sendiri, untuk mengepalai barisan hadapan negara?

Jika tidak, apa lagi pilihan yang tinggal selain terus berdoa, moga ia akhirnya didengar Tuhan, lantas Malaysia kembali sihat dan aman. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar