web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Rosakkan Rangoli, ‘Tukang Rakam’ Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 2:38PM

Dua lelaki direman tiga hari selepas dipercayai terbabit dalam isu vandalisme apabila bertindak merosakkan Rangoli di Hospital Pakar KPJ Klang (KPJ Klang), baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki direman tiga hari selepas dipercayai terbabit dalam isu vandalisme apabila bertindak merosakkan Rangoli di Hospital Pakar KPJ Klang (KPJ Klang), baru-baru ini.

Bercakap kepada Getaran, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mereka adalah lelaki yang memijak dan berjalan di atas Rangoli itu serta individu merakam video menunjukkan tindakan berkenaan.

Semalam, tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki merosakkan rangoli di KPJ Klang, sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati orang ramai - Gambar Fail
Semalam, tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki merosakkan rangoli di KPJ Klang, sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati orang ramai - Gambar Fail

Katanya, kedua-dua individu terbabit direman bermula hari ini selepas hadir memberi keterangan susulan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“(Mereka) dalam proses reman.

“Kedua-dua lelaki ini ditahan selepas mereka hadir memberi keterangan dan direman tiga hari,” katanya.

Semalam, tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki merosakkan rangoli di KPJ Klang, sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati orang ramai.

Menerusi video berdurasi 39 saat yang turut tular di Twitter itu, kelihatan individu lengkap berbaju Melayu terbabit mengelilingi rangoli berkenaan sambil memijak dan menguisnya.

Video itu juga dikongsi Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menegaskan tindakan terbabit adalah perbuatan tidak boleh diterima.

Terdahulu, Vijaya memaklumkan, kedua-dua individu terbabit dipanggil memberi keterangan susulan laporan dibuat Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang.

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Polis juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan boleh menjejaskan keharmonian negara

Manakala, KPJ Klang menegaskan, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular itu yang didakwa membabitkan seorang daripada kakitangannya melakukan tindakan tidak profesional berkenaan.

Katanya, KPJ Klang tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan tidak menghormati pihak lain yang membabitkan kakitangannya dalam kawasan hospital.

“Kami (KPJ Klang) sudah menjalankan siasatan dalaman berhubung video terbabit dan tindakan tegas akan diambil ke atas kakitangan terbabit.

“KPJ Klang komited memartabatkan profesionalisme dan tidak akan berkompromi dengan salah laku etika,” menurut kenyataan itu. - Getaran 31 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad