web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Geram Tindakan Lelaki Rosakkan Rangoli, Pelaku Dipanggil Polis Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:09AM

Polis Daerah (IPD) Klang Utara akan memanggil seorang lelaki bagi menyiasat kes merosakkan rangoli di KPJ Klang, baru-baru ini. - Tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hiasan Rangoli atau kolam, iaitu lakaran di atas lantai dengan menggunakan bahan seperti tepung beras dan pasir berwarna adalah seni cukup indah yang sering kita saksikan ketika perayaan masyarakat India, terutama Deepavali.

Keindahan imej dihasilkan menerusi seni Rangoli, seperti bunga dan merak pasti memukau pandangan, sehingga membuatkan sesiapa sahaja tidak mungkin akan merosakkannya.

Bagaimanapun, masih ada individu yang bersikap ‘biadap’ dan tidak menghormati seni itu apabila tular di media sosial semalam, memaparkan tindakan seorang lelaki merosakkan rangoli di Hospital Pakar KPJ Klang (KPJ Klang), sehingga mencetuskan kemarahan serta rasa tidak puas hati orang ramai.

Menerusi video berdurasi 39 saat yang turut tular di Twitter itu, kelihatan individu lengkap berbaju Melayu terbabit mengelilingi rangoli berkenaan sambil memijak dan menguisnya.

Video itu juga dikongsi Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menegaskan tindakan terbabit adalah perbuatan tidak boleh diterima.

“Malaysia dikurniakan dengan kepelbagaian.

“Kita mesti meraikan kepelbagaian.

“Kita juga mesti menghormati setiap agama dan kaum,” ciapnya menerusi hantaran video itu di Twitter.

Menerusi tinjauan di ruangan komen Twitter Syed Saddiq, netizen turut bersetuju dengan kenyataan beliau, malah menyifatkan tindakan itu sebagai perlakuan bodoh dan tiada rasa hormat terhadap kaum lain.

“Tak bertambah pahala la dik (adik) buat benda tak berfaedah tu, bukan sahaja tak berfaedah, bodoh. Jurugambar pun sama bodoh,” kata seorang pengguna, @Wakandabay87.

“Serlahkan sikap kurang cerdik anda. Orang dah penat-penat buat, hang nak buat terpaling content yang undang kecaman orang. Kalau agama lain boleh hormat perayaan kita, why not you (kenapa tidak anda)…,” tulis @EyfaMccoy.

“Setuju dengan awak. Ni jenis mamat yang rasa dah bagus sangat tapi merosakkan bangsa. Buat malu pula tu tunjuk perangai buruk dalam baju Melayu,” kata@Zahemi.

“Orang yang mengambil video itu, ketawa dan menyebut vandalisme harus disoal juga,” komen @ShamAnver.

“Dia harus hantar ke pusat kaunseling. Seperti tidak bertamadun. Kita dah maju ke hadapan dalam pelbagai bidang, jurusan tapi dari segi perangai sebegini menunjukkan masih lagi tidak bertamadun,” respon @Partiiii6.

Manakala, KPJ Klang menerusi kenyataan menegaskan, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular itu yang didakwa membabitkan seorang daripada kakitangannya melakukan tindakan tidak profesional berkenaan.

Katanya, KPJ Klang tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan tidak menghormati pihak lain yang membabitkan kakitangannya dalam kawasan hospital.

“Kami (KPJ Klang) sudah menjalankan siasatan dalaman berhubung video terbabit dan tindakan tegas akan diambil ke atas kakitangan terbabit.

“KPJ Klang komited memartabatkan profesionalisme dan tidak akan berkompromi dengan salah laku etika,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki terbabit akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini untuk dirakam keterangan.

Beliau memaklumkan, ia susulan laporan dibuat Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang.

Tegasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Polis juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan boleh menjejaskan keharmonian negara,” katanya menerusi kenyataan malam tadi. – Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad