web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Ketika Mencari Siput

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 7:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Seorang lelaki yang mencari siput di hutan paya bakau di Kampung Air Tawar, Merlimau di sini, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata jenazah mangsa berusia 26 tahun itu dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 1.41 petang, selepas dihubungi salah seorang rakannya yang turut mencari siput.

“Sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai digerakkan dan tiba di lokasi 16 minit kemudian, bagi mencari mangsa bersama pihak polis sebelum dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Difahamkan mangsa masuk mencari siput kira-kira pukul 7 pagi bersama rakannya,” katanya.

Mohamad Faisal berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad