web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Mahkamah Putuskan PM Tak Perlu Berunding Dengan Kabinet Untuk Bubar Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 8:06PM

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu berunding dengan anggota Kabinetnya untuk meminta Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan Parlimen - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu berunding dengan anggota Kabinetnya untuk meminta Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan Parlimen.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.

"Justeru, saya berpandangan bahawa memandangkan pembubaran Parlimen dibuat mengikut Perkara 42 (b) Perlembagaan Persekutuan, tiada lagi keperluan bagi mendapatkan nasihat Kabinet di bawah Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

"YDPA telah bertindak mengikut budi bicara baginda sendiri bagi membubarkan Parlimen atas permintaan Perdana Menteri mengikut Perkara 42 (b) Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak terikat dengan nasihat Perdana Menteri atau Kabinet dalam melaksanakan tugas baginda di bawah Perkara 42 (b). 

"Saya berpandangan bahawa memandangkan peranan dan kuasa mutlak untuk meminta Parlimen dibubarkan terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, hujahan pemohon yang mencabar kesahihan permintaan itu tidak mempunyai merit. Perdana Menteri boleh meminta agar Parlimen dibubarkan tanpa nasihat Kabinetnya dan pada akhirnya, YDPA mempunyai budi bicara sama ada menerima atau menolak permintaan itu," katanya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid

Beliau berkata demikian ketika membenarkan permohonan Ismail Sabri, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan saman penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago yang difailkan pada 11 Oktober lepas.

Ahmad Kamal juga berkata YDPA adalah seorang raja berperlembagaan dan ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan dan kuasa eksekutif terletak di tangan beliau.

Beliau berkata Perkara 40 (1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntuk bahawa YDPA adalah terikat dengan nasihat Kabinet dalam menjalankan tugas baginda kecuali dalam beberapa perkara seperti peruntukan di bawah Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Perdana Menteri juga, sebagai ketua kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Kabinet pilihannya. Kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri termasuk menaikkan pangkat, memecat dan melantik menteri pilihannya, pada satu-satu masa, atas alasan yang difikirkan wajar," katanya.

Hakim itu berkata Perdana Menteri berhak menyatakan isu mana yang perlu dilaporkan kepada beliau secara peribadi atau untuk diputuskan di luar Kabinet. 

"Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak terikat dengan nasihat Kabinet. Beliau mungkin, atas inisiatif sendiri, berunding dengan rakan sekutunya atau seorang dua menteri dalam ‘Kabinet dalaman’ untuk membuat keputusan. Beliau tidak perlu berunding dengan Kabinet berhubung cadangan belanjawan, inisiatif dasar luar atau menasihati YDPA dalam membubarkan Parlimen," katanya.

Ahmad Kamal juga berkata mahkamah berpendapat bahawa Santiago tidak mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap defendan atas alasan pengisytiharan dan pembubaran Parlimen adalah perkara yang tidak boleh diadili. 

"Kuasa prerogatif untuk membubarkan Parlimen terletak sepenuhnya pada YDPA, yang memiliki budi bicara mutlak memberi perkenan kepada permintaan untuk membubarkan Parlimen mengikut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Kuasa Perdana Menteri untuk meminta agar Parlimen dibubarkan juga adalah perkara yang tidak boleh diadili. Sebagai ketua Badan Eksekutif, permintaan beliau untuk membubarkan Parlimen tidak memerlukan beliau berunding dengan anggota Kabinet," katanya sambil menambah bahawa saman itu dengan jelas adalah satu skandal, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah. 

Justeru, mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos RM20,000 kepada defendan.

Ahmad Kamal juga berkata mahkamah berpendapat bahawa Charles Santiago tidak mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap defendan atas alasan pengisytiharan dan pembubaran Parlimen adalah perkara yang tidak boleh diadili - Gambar Fail
Ahmad Kamal juga berkata mahkamah berpendapat bahawa Charles Santiago tidak mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap defendan atas alasan pengisytiharan dan pembubaran Parlimen adalah perkara yang tidak boleh diadili - Gambar Fail

Santiago dalam samannya, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa permintaan Ismail Sabri kepada YDPA pada Oktober lepas untuk membubarkan Parlimen ke-14 adalah bercanggah dengan Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana tidak dibuat atas nasihat Kabinet, oleh itu adalah terbatal serta tidak sah.

Beliau juga meminta agar SPR dihalang daripada menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan musim banjir.

Peguam Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang juga bekas Hakim Besar Malaya, dan Datuk Mohd Hafarizam Harun bersama-sama Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara mewakili defendan manakala Datuk Malik Imtiaz Sarwar bertindak bagi pihak Santiago.

Ahmad Kamal turut menolak permohonan kebenaran seorang pengundi di kawasan Pandan untuk semakan kehakiman bagi mencabar pembubaran Parlimen dan penganjuran PRU15 semasa musim tengkujuh yang sering berdepan bencana banjir pada akhir tahun ini.

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, yang juga seorang peguam, memfailkan permohonan itu dengan menamakan pengerusi SPR, Ismail Sabri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau memutuskan bahawa pembubaran Parlimen tidak boleh diadili dan adalah isu untuk dipertimbang dalam lingkungan badan Eksekutif dan Legislatif yang tidak harus dilayan oleh badan kehakiman dengan berhati-hati.

“Mengambil kira Perkara 32 (1), 40 (2)(b) and 55 (2) Perlembagaan Persekutuan, ia menunjukkan hasrat penggubal bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh YDPA berkaitan pembubaran Parlimen adalah tidak boleh diadili dalam mana-mana prosiding di mahkamah. 

“Isu itu adalah isu yang tidak boleh diadili dan oleh itu, perkara ini tidak boleh didengar sebagai semakan kehakiman,” katanya.

Shamsul Bolhassan mewakili responden manakala peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram hadir bagi pihak Syed Iskandar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad