web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebenaran Akan Ditegakkan! – Syed Saddiq  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 12:38PM

Syed Saddiq - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, dirinya masih belum didapati bersalah walaupun diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
 
Beliau berkata, prima facie tak bermaksud sudah dibuktikan bersalah, sebaliknya peguam pendakwaan dapatkan bukti untuk kes mereka terhadap dirinya.
 
“Jadi sekarang, saya kena membela di mahkamah untuk buktikan kes saya pula. Saya masih belum didapati bersalah, kes saya akan bersambung pada Februari (2023). Time to tell my story (masanya untuk ceritakan kisah saya),” ciapnya di Twitter.
 
Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya untuk membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq yang juga mantan Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) tersebut.
 
Syed Saddiq berkata, beliau tidak takut atau gentar berhubung keputusan tersebut, malah menyifatkan inilah masanya untuk dirinya membela diri.
 
“Kami tak akan lari dari sistem kehakiman. It is not over yet (ia masih belum berakhir),” ciapnya.
 
Dalam perbicaraan tersebut, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar, mewakili Syed Saddiq.
 
Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.
 
Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan mantan Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.
 
Turut memberi keterangan, tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip. – Getaran, 28 Oktober 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan