web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DBKL Had Kebenaran Pembinaan Lebuh Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 4:23PM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan kebenaran cadangan pembinaan lebuh raya baharu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan kebenaran cadangan pembinaan lebuh raya baharu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata ia merupakan antara sasaran yang terkandung dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur (PITKL) 2040 yang digariskan bagi melaksanakan pengurusan lalu lintas di ibu kota pada waktu puncak. 

Katanya pembinaan lebuh raya baharu melalui jalan di dalam bandar, merupakan  'pass through traffic' yang menyebabkan kesesakan susulan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar. 

"Tapi ada (jaringan) lebuh raya di Kuala Lumpur masih lagi terputus ... jadi pembinaan menghubungkan lebuh raya ke lebuh raya sedia ada boleh dipertimbangkan. 

"Antara cadangan lebuh raya dikenal pasti ialah Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE), Lebuhraya Duta Ulu Klang 2A (DUKE 2A) dan Lebuhraya Pantai Baru Fasa 2 (NPE 2), " katanya pada pelancaran PITKL 2040 di sini hari ini.

Mahadi berkata pelan itu memfokuskan kepada pembangunan model trafik pada 2020 sebagai tahun semasa dan akan datang sehingga 2040 bagi mengunjurkan sasaran tahap perkhidmatan jalan (LOS) sedia ada kepada tahap C. 

Beliau berkata pelan tersebut antara lain mengenal pasti 50 jalan tidak bersambung dan sembilan jalan yang perlu dinaik taraf bagi meningkatkan kesinambungan jalan di ibu negara selain dapat menyurai aliran trafik dengan lebih baik. 

Katanya pelan juga menyasarkan pencapaian nisbah peratusan pengguna pengangkutan awam daripada 25:75 (25 peratus pengangkutan awam dan 75 peratus kenderaan persendirian) kepada 50:50 pada 2025, 60:40 (2035) dan 70:30 (2040). 

"Untuk melaksanakan peralihan tersebut, fokus perancangan perlu ditekankan kepada memperluaskan rangkaian pengangkutan rel, peningkatan perkhidmatan bas, serta peningkatan perkhidmatan kesinambungan iaitu perkhidmatan bas bantuan awal (first mile) dan bantuan akhir (last mile) yang terdiri daripada pejalan kaki, basikal serta mikromobiliti.

"PITIKL 2040 juga mencadangkan kemudahan park and ride di lokasi-lokasi berdekatan dengan stesen-stesen pengangkutan awam," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar