web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Terlalu Awal Untuk Ramal Cuaca Pada Tempoh PRU15 - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8:34PM

Taburan hujan masih berada di paras normal di kebanyakan negeri setakat bulan ini kata MetMalaysia. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masih terlalu awal untuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membuat ramalan cuaca pada tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bulan depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Arip, berkata corak cuaca tidak boleh ditentukan pada masa ini kerana negara masih berada di Fasa Peralihan Monsun yang bermula 3 Oktober lepas hingga bulan depan.

“Ada 10 hari lagi sebelum penamaan calon pada 5 November ini dan agak sukar untuk kita (MetMalaysia) ramalkan sama ada cuaca baik atau buruk pada masa itu.

“Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan maklumat cuaca dalam tempoh empat atau lima hari sebelum itu,” katanya dalam segmen ‘Ketidaktentuan Cuaca dan Kesan’ program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lepas menetapkan 5 November sebagai tarikh penamaan calon, 15 November sebagai tarikh pengundian awal dan 19 November sebagai tarikh pengundian.

Mohd Hisham berkata Malaysia dijangka tidak mengalami cuaca luar biasa dalam fasa peralihan monsun dan taburan hujan masih berada di paras normal di kebanyakan negeri setakat bulan ini.

Beliau berkata keadaan cuaca fasa peralihan monsun kebiasaannya bersifat sekejap dengan cuaca cerah di sebelah pagi manakala lebih banyak ribut petir pada sebelah petang.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat cuaca yang disebarkan oleh netizen dan sebaliknya hanya merujuk kepada MetMalaysia.

Katanya, ini kerana MetMalaysia mempunyai pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih dan tepat.

“Kebanyakan warga maya membuat rujukan kepada sumber yang didakwa boleh dipercayai tetapi maklumat diperoleh tidak lengkap, tidak dikemas kini secara berkala dan membuat ramalan cuaca yang terlalu jauh ke hadapan sesuatu tarikh, justeru agak mengelirukan.

“Oleh itu, saya minta supaya warga netizen berhenti daripada menyebarkan maklumat cuaca kurang tepat yang berupaya mencetuskan keadaan panik dalam kalangan orang ramai,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad