web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Selepas Bergaduh Kerana Baja Di Bagan Tiang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 9:04AM

Mohd Yusri Hassan Basri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lelaki maut dipercayai selepas bergaduh, gara-gara menuduh seorang individu mencuri baja miliknya dalam kejadian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menahan suspek lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada kira-kira pukul 6 petang.

“Suspek mengaku telah bergaduh dengan mangsa yang berusia 47 tahun.

“Mangsa telah menahan suspek yang sedang menunggang motosikal di tengah jalan sebelum terus mencekak baju dan menumbuk suspek namun, tumbukan hanya terkena sedikit di bahagian pipi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya suspek kemudian bertindak membalas dengan menumbuk mangsa pada bahagian hidung dan berlaku pergelutan antara mereka yang masing-masing bekerja sendiri sehingga kedua-duanya jatuh ke dalam tali air berhampiran.

Beliau berkata setelah naik ke darat, beberapa penduduk kampung yang melalui tempat kejadian telah meleraikan pergaduhan tersebut dan suspek beredar pulang ke rumahnya namun mangsa dikatakan secara tiba-tiba rebah dan tidak menyedarkan diri berdekatan motosikal miliknya.

Mohd Yusri berkata pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke tempat kejadian untuk mengumpul barang bukti dan ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis Methampethamine.

Katanya siasatan dijalankan mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan permohonan reman terhadap suspek yang mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk kes dadah itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan