web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


17 Sekatan Jalan Raya Dilaksana Di Seluruh Kelantan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 9:11PM

Shafien Mamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 17 sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di Kelantan mulai tengah malam ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh daerah negeri itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 13 SJR diadakan di kesemua tujuh daerah manakala empat lagi di sempadan negeri.

Katanya, SJR diadakan untuk mengelakkan orang ramai daripada merentas daerah dan negeri, kecuali jika mereka mempunyai surat kebenaran polis.

“Kita akan mengadakan sekatan jalan raya bagi membataskan pergerakan daerah mulai malam ini seperti yang diputuskan, susulan pelaksanaan PKP di tujuh daerah bermula esok sehingga 29 April.

"Setiap daerah akan diadakan dua atau tiga SJR, malah semua laluan tikus juga akan ditutup,” katanya.

Shafien berkata, kerjasama rakyat amat diperlukan untuk tidak merentas daerah atau negeri, memandangkan jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Beliau berkata, seramai 500 anggota dan sukarela polis akan bertugas di SJR selain turut memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Semua unit penguatkuasaan jelasnya, turut diminta berada di lokasi perniagaan khususnya peniaga kecil di tepi jalan, bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Dalam tempoh dua hari Ramadan ini, pematuhan SOP agak kurang, namun kita beruntung kerana negeri ini tiada bazar Ramadan.

“Saya sudah mengarahkan unit penguatkuasa supaya memantau dan melihat kepatuhan SOP rakyat di negeri ini. Selain itu, polis juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan operasi,” katanya yang berharap semua pihak akan mematuhi SOP ditetapkan. – Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad