Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pilih Bajet, Bukan Manifesto ‘Bulan Dan Bintang’ - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 2:14PM

Ismail Sabri melihat aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Tasek Gelugor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata segala intipati di dalam Bajet 2023 yang dibentang di Parlimen adalah ‘janji’ yang akan dan mampu dilaksana dari segi kewangan, berbeza dengan manifesto.

Perdana Menteri berkata bajet tidak boleh ‘ditipu’ dan semua yang dijanjikan telah dikaji secara teliti sebelum dibentang di hadapan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.

“Manifesto ini macam-macam boleh, langit dan bintang semua dia janji, kalau boleh bulan tu nak dibawa jatuh ke riba, tetapi cukuplah sekali terkena, jangan kita lupa dahulu macam-macam janji dalam manifesto mereka.

“Tetapi bila kita bentang bajet, duit dah tersedia, ini bezanya. Kita bukan janji kosong, duit dah ada, kita dah bincang dari segi kewangan, mencukupi atau tidak…kita dah siap sedia kewangan cuma tunggu kelulusan, ini beza bajet dan manifesto,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian sebelum merasmikan Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Program berkenaan dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.

Ismail Sabri bagaimanapun mengakui walaupun bajet itu telah dibentang di Parlimen, ia masih ‘tergantung’ dan menunggu kelulusan Ahli Parlimen.

“Jadi tergantung, kita boleh selesaikan masalah tergantung ini, kuasa di tangan tuan-tuan dan puan-puan, pastikan lepas PRU15, perdana menteri yang sama, kabinet yang baharu dibentuk di bawah saya…insya-Allah bajet yang kita luluskan akan dibentang semula dan diluluskan dalam kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti,” kata beliau.

Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober lepas, sebelum Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian.

Mengenai Bajet 2023, Ismail Sabri berkata antara lain kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.8 bilion untuk pemberian bantuan tunai yang akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima, iaitu jumlah peruntukan dan penerima terbesar dalam sejarah.

“Kita jaga kepentingan rakyat. Selaku menteri yang lama dalam Barisan Nasional, tanggungjawab kita jelas iaitu untuk memperkasakan dan membela kepentingan rakyat di akar umbi ini,” kata beliau.

Sementara itu, mengenai Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB), Ismail Sabri berkata ia diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengimbangi kesan pembangunan pesat dan komuniti bandar selain bagi meningkatkan kesejahteraan sosial dan memperkukuhkan keharmonian dalam komuniti.

“Pelaksanaan PKKB dibuat setelah mengambil kira kepentingan semua lapisan dan menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO),” kata beliau.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta bagi pelaksanaan PKKB di Semenanjung Malaysia dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Amnesty International, OIC Desak Siasatan Segera Terhadap Serangan Bantuan Di Gaza

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bantuan Masuk Ke Gaza Merosot 50 Peratus Bulan Ini - UNRWA

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Beri Kerjasama Dalam Siasatan Jambatan Runtuh Di AS

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 19 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan