web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemotongan Bajet Anwar: Langkah Strategik Memacu Reformasi

Usaha pengukuhan fiskal ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat melalui pengurangan pembaziran, peningkatan ketelusan, serta pendedahan terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan dana awam.

Kolum Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2026 3:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini mengumumkan langkah ke arah pengukuhan fiskal melalui pemotongan bajet sebagai respons terhadap konflik berpanjangan di Timur Tengah serta peningkatan defisit negara.

Dalam masa yang sama, Anwar memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak akan menanggung kesan langsung daripada krisis Iran. 

Pendirian kerajaan untuk mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter turut menjadi bukti komitmen tersebut. Namun, bagi memastikan paras hutang negara tidak terus meningkat secara tidak terkawal, pelarasan terhadap Bajet 2026 dilihat sebagai suatu keperluan yang tidak dapat dielakkan.

Hakikatnya, usaha ke arah pengukuhan fiskal bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak penubuhan kerajaan Madani pada tahun 2022, pelbagai langkah telah diambil bagi memperkemas perbelanjaan negara dan meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan awam. 

Pengumuman terbaharu ini sekadar mengukuhkan lagi iltizam kerajaan untuk bertindak secara lebih tegas dan berdisiplin dalam mengurus sumber negara.

Langkah ini juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam mengoptimumkan perbelanjaan tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat. 

Pendekatan yang diambil memberi tumpuan kepada pengurangan pembaziran serta penilaian semula perbelanjaan yang tidak kritikal, berbanding langkah drastik yang boleh membebankan kehidupan harian masyarakat.

Cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2026 bukan sekadar langkah penjimatan, malah berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membanteras ketirisan dan rasuah dalam kalangan agensi kerajaan. 

Melalui semakan menyeluruh terhadap perbelanjaan, sebarang ketidakpatuhan atau penyalahgunaan dana awam dapat dikenal pasti dan ditangani dengan lebih berkesan.

Pemotongan ini dijangka melangkaui aspek rutin seperti penganjuran acara, perjalanan ke luar negara, latihan serta pengambilan kakitangan yang tidak mendesak. Sebaliknya, ia membuka ruang kepada reformasi yang lebih mendalam dalam struktur perbelanjaan kerajaan.

Seperti kebiasaan, langkah pembaharuan sebegini tidak terlepas daripada kritikan. 

Sebahagian pihak yang sebelum ini mendapat manfaat daripada perbelanjaan kerajaan mungkin melihatnya sebagai ancaman terhadap kepentingan mereka. Namun, kritikan tersebut perlu dinilai secara objektif dengan mengambil kira kepentingan jangka panjang negara.

Lebih penting, usaha pengukuhan fiskal ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat melalui pengurangan pembaziran, peningkatan ketelusan, serta pendedahan terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan dana awam. 

Inisiatif ini bukan sahaja melibatkan kementerian, malah turut merangkumi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.

Dalam konteks ini, peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dijangka semakin signifikan. Dengan sokongan dasar yang lebih kukuh, usaha untuk membanteras apa yang sering dilabel sebagai ‘mafia korporat’ dalam sektor awam dan berkaitan kerajaan boleh diperkasakan.

Secara keseluruhannya, pengukuhan bajet ini berpotensi menjadi pemangkin kepada transformasi besar dalam perkhidmatan awam. Ia bukan sahaja meningkatkan kecekapan, malah membina semula kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Walaupun pelaksanaannya mungkin berdepan cabaran dan tentangan, krisis global serta tekanan ekonomi semasa telah membuka ruang kepada pelaksanaan reformasi yang sebelum ini sukar direalisasikan. Dalam hal ini, keberanian politik menjadi faktor penentu kejayaan.

Justeru, pemotongan bajet yang diumumkan bukan sekadar langkah penjimatan jangka pendek, tetapi merupakan strategi menyeluruh ke arah pembinaan sistem kewangan negara yang lebih mampan, telus dan berintegriti. - Getaran, 5 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

2

Politik 5 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

Semasa 5 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis