web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Utama Kes Pukul 2 Pengawal Peribadi Direman

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 12:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi yang juga majikan kedua-dua mangsa direman selama tiga hari.

Reman terhadap suspek berusia 43 tahun terbabit akan berjalan sehingga Sabtu, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan di Klang, Selangor malam tadi sebelum dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Suspek yang dibawa ke IPD Dang Wangi ini adalah suspek utama dan dia direman sehingga 17 April ini,” katanya ringkas.

Getaran semalam melaporkan, dua pengawal peribadi beragama Islam dibelasah majikannya hanya disebabkan mereka menjalankan ibadah puasa.

Mohamad Zainal berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek.

“Punca kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek tidak suka mangsa berpuasa di bulan Ramadan, dan memaksa mereka untuk meninggalkan ibadat itu.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan mematuhi arahan tersebut menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan memukul mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ketika berada di rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, suspek merampas sepucuk pistol jenis Glock milik mangsa sebelum mengacukannya, sambil membuat ugutan bunuh terhadap mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Dipukul Selepas Kemalangan Positif Dadah Ketika Kejadian - Hussein

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pukul Ibu Angkat Hingga Cedera, Guru KAFA Dicekup Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pukul Warga Emas Sebabkan Kemalangan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad