web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-Gara Puasa, 2 Pengawal Peribadi Dipukul Majikan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 9:28PM

Kedua-dua mangsa terbabit mengalami lebam di belakang badan. - Gambar ihsan pembaca

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya kerana menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi bukan saja dibelasah menggunakan rotan malah turut diacu pistol oleh majikannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam di sebuah kondominium di Jalan Pinang, di sini, suspek berusia 43 tahun dikatakan pada mulanya hanya bertanya sama ada kedua-dua mangsa berpuasa atau tidak.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek dikatakan naik angin apabila kedua-dua mangsa memberitahu bahawa mereka berpuasa.

ACP Mohamad Zainal Abdullah
ACP Mohamad Zainal Abdullah

Menurutnya, suspek bukan saja memarahi mangsa malah turut menampar kepala mereka.

“Selepas menghantar suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, kedua-dua mangsa dipukul menggunakan rotan dan diacukan dengan pistol.

“Kedua-dua lelaki terbabit mengalami lebam di belakang badan dan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuah Rahimah, Klang,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek.

“Punca kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek tidak suka mangsa berpuasa di bulan Ramadan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan mematuhi arahan tersebut menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan memukul mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ketika berada di rumah, suspek merampas sepucuk pistol jenis Glock milik mangsa sebelum mengacukannya, sambil membuat ugutan bunuh terhadap mereka.

“Suspek sudah ditahan di Klang, Selangor hari ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ubah Suai Meja Jadi Tempat Simpan Pistol, Lelaki Direman 6 Hari

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar