web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Bekalan Telur Ayam: KPDNHEP Akan Bincang Dengan Pembekal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini, bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, antara perkara akan dibincangkan ialah alasan diberikan pihak pengeluar yang mendakwa tempoh kawalan harga siling telur ayam terlalu lama, menyebabkan terdapat pengusaha telur ayam menutup perniagaan mereka.

“Alasan diberikan pemain industri, saya tidak tahu ia betul atau tidak, adalah kerana kawalan harga siling terlalu lama, iaitu sepanjang tahun berbanding sebelum ini antara seminggu dan dua minggu, khususnya pada musim perayaan.

“Mereka mendakwa ini menjejaskan rantaian bekalan telur ayam. Bagaimanapun, kerajaan juga mengambil langkah intervensi dengan menyalurkan subsidi telur ayam yang kini dinaikkan kepada lapan sen sebiji,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kempen Beli Barangan Malaysia di sini, hari ini.

Rosol berkata, kementeriannya turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memastikan kelancaran tuntutan subsidi itu, bagi memastikan ia tidak dijadikan alasan oleh pemain industri dan menjamin bekalan telur sentiasa stabil di pasaran.

 “Sebelum ini pun kita ada bincang dengan MAFI untuk penyelesaian sementara, sama ada kita boleh import telur, tetapi saya difahamkan harga telur di luar negara pun agak mahal dan mata wang kita juga agak lemah ketika ini,” katanya.

 Dalam pada itu, beliau mengakui menerima rungutan daripada orang ramai mengenai kekurangan bekalan telur ayam sejak kebelakangan ini, terutama bagi Gred A, B dan C di kebanyakan kawasan di seluruh negara sehingga menjejaskan golongan peniaga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apa Masalahnya Ni Bang...

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hospital Di Semenanjung Gaza Pada Tahap Kritikal - WHO

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Beras Cukup, Rakyat Tidak Perlu Buat Pembelian Panik - LPP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Krisis Beras: Bekalan Beras Putih Dijangka Stabil Sebulan Lagi - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad