web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batu Puteh: Saya Bertindak Selepas Dinasihat Pegawai Dilantik Mohamed Apandi - Dr Mahathir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 6:28PM

Tun Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keputusan untuk tidak meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh  adalah berdasarkan nasihat pegawai-pegawai yang dilantik bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. 

Bekas perdana menteri itu berkata demikian  ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Okt lepas bahawa kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan daripada Dr Mahathir apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.

“Itu pendapat dia (Perdana Menteri). Ada kecuaian,” kata Dr Mahathir kepada media selepas merasmikan persidangan dan pameran “Beyond the Pandemic Empowering Seniors for their Best Years” di sini hari ini.

Menjawab soalan wartawan apakah Malaysia perlu menuntut Batu Puteh, Dr Mahathir berpandangan bahawa apabila Malaysia berjanji dengan Singapura, maka Malaysia akan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh ICJ.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hasrat Pengerusi Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak)   Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Dr Mahathir berkata  sesiapa pun boleh bertanding di Langkawi. 

“Saya tetap di Langkawi. Tapi ada orang lain nak masuk, masuklah. Langkawi dulu kemenangan kepada UMNO sehingga tewas pada PRU14. Sekarang PRU15 tidak tahulah kalau UMNO semakin berpengaruh,” katanya. 

Mengenai kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa parti itu bersedia untuk mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRU15, Dr Mahathir berkata perpecahan dalam parti-parti lawan akan menyebabkan kekalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad