web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Terus Meningkat, 7 Daerah Di Kelantan Kena PKP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 9:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tujuh daerah di negeri ini berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.

Peningkatan berkenaan menyebabkan kesemua kawasan itu kini diletakkan di bawah zon merah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, PKP di kesemua tujuh daerah itu akan bermula Jumaat hingga 29 April nanti.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP itu akan dikuatkuasakan di daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Keputusan itu dibuat susulan 226 kes baharu COVID-19 baharu yang direkodkan di Kelantan hari ini.

“Sementara itu, tiga daerah lagi iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang dikecualikan daripada PKP,  manakala aktiviti rentas daerah turut tidak dibenarkan,” katanya menerusi laman Facebook di sini, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan positif COVID-19 di Kelantan adalah sebanyak 7,506 kes.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di laman Facebooknya berkata, jangkitan baharu yang direkodkan hari ini masing-masing terdiri daripada 219 kes tempatan, dua import dan lima di penjara.

Jabatan itu berkata, Kota Bharu mencatatkan 76 kes; Tumpat (69); Pasir Mas (49); Kuala Krai dan Bachok masing-masing lapan; lima di Pasir Puteh dan Penjara, Tanah Merah empat manakala Jeli dan Machang masing-masing satu kes. - Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar