web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Singkir Kami, COVID-19 Bukan Jenayah - Pesakit

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 11:34AM

Nur Alyani disahkan positif COVID-19 pada bulan lalu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - “Saya lebih gerun dengan persepsi masyarakat berbanding virus COVID-19 sendiri,” luah seorang petugas barisan hadapan yang disahkan  positif waba  bulan lalu.

Nur Alyani Ab Karim, 31, dia redha dengan ketentuan takdir dan sedar akan risiko yang perlu dihadapi sejak ditugaskan menjaga pesakit COVID-19 Februari tahun lalu.

Beliau mengakui, masih dihantui rasa takut dengan penerimaan masyarakat yang kekal menyimpan stigma negatif ke atas mereka, walaupun selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus berbahaya itu.

Memiliki pengalaman selama sembilan tahun sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Alyani kesal minda masyarakat masih jumud, sedangkan virus berkenaan bukan perkara baharu sejak mula dikesan di negara ini pada Disember 2019.

“Sebagai petugas barisan hadapan yang bekerja sebagai jururawat, peratusan untuk dijangkiti virus ini memang tinggi. Jadi bila disahkan positif COVID-19, saya langsung tidak terkejut. Percaya atau tidak, ketakutan terhadap penerimaan masyarakat mengatasi kerisauan dijangkiti.

 "Masyarakat menganggap COVID-19 bagaikan jenayah, sedangkan ia bukan sesuatu yang kami minta. Bayangkan, saya bekerja lebih masa sampai ke malam menjaga pesakit, berkorban masa dan tenaga malah memperjudikan nyawa sendiri. Wajarkah kami menerima layanan seperti ini apabila sudah berbakti untuk negara," keluhnya kepada Getaran.

Alyani yang jelas sedih dengan senario itu mendedahkan, beliau masih dihantui rasa takut untuk keluar apabila memikirkan penerimaan jiran tetangga.

"Walaupun disahkan bebas dan pulih sepenuhnya, kebimbangan itu tetap ada.Terasa seolah semua mata memerhati atau bercakap mengenai saya. Semuanya kerana stigma negatif yang dilemparkan kepada pesakit," katanya.

Lebih parah, anak kelahiran Selangor itu mendedahkan, semua unsur negatif berkenaan menyebabkan beliau turut dilanda tekanan emosi ketika keputusan ujian mendapati dirinya positif COVID-19.

"Saya tak sanggup berdepan cemuhan orang ramai yang seolah-olah menyalahkan pekerjaan kami. Mereka mendakwa kami cuai dan tidak berjaga-jaga ketika melaksanakan tugas  sebagai jururawat.

"Mengapa pula kerjaya ini dipersalahkan, seolah-olah pakaian seragam yang tersarung ini adalah satu dosa dan perlu dijauhi. Pernah terjadi satu insiden, rakan saya tidak dibenarkan masuk ke kedai runcit, hanya kerana beliau ketika itu berpakaian seragam,"katanya.

Perkara itu jelas Alyani, amat dikesali kerana ia menandakan masyarakat masih tidak peka dengan profesion dan etika petugas perubatan.

"Tidakkah mereka tahu betapa ketat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi?" katanya yang merupakan antara ribuan jururawat terbabit dalam saringan COVID-19 di PPUM.

"Jangan risau, kami semua tidak menggunakan uniform sama ketika menguruskan pesakit Covid-19. Pekerjaan ini tidak bersalah kerana risiko dijangkiti sentiasa menanti petugas barisan hadapan seperti kami. Ini tanggungjawab yang harus digalas sebaiknya," katanya.

Dr Aidalina Mahmud
Dr Aidalina Mahmud

Mengulas senario itu, Pensyarah Perubatan dan Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM), Dr Aidalina Mahmud berkata, orang ramai seharusnya berhenti meletakkan stigma atau menyisihkan bekas pesakit Covid-19 kerana mereka amat memerlukan sokongan serta keprihatinan komuniti setempat.

"Sokongan padu amat diperlukan untuk memastikan emosi dan moral mereka tidak terjejas selepas dijangkiti virus berbahaya itu.

"Sikap masyarakat yang melayan pesakit COVID-19 seperti penjenayah perlu dihentikan segera kerana saya melihat, aura negatif ini bukan hanya dilampiaskan ke atas pesakit, malah turut terpalit ke atas keluarga mereka," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat negara ini harus memahami dengan jelas punca dan cara jangkitan kerana pengetahuan mendalam berhubung perkara ini pematuhan terhadap SOP boleh membantu menurunkan risiko jangkitan.

Walaupun perasaan takut terhadap virus itu sesuatu yang baik kerana ia mendorong orang ramai lebih berhati-hati, kekhuatiran melampau jelas Dr Adlina, hanya akan menyumbang kepada salah tanggapan di kalangan komuniti.

"Stigma negatif dan salah tanggapan mengenai Covid-19 perlu dihapuskan, paling tidak pun dikawal atau diminimumkan dalam kalangan masyarakat.

“Bayangkan, apa yang akan berlaku, jika individu positif COVID-19 ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak membuat ujian kesihatan, dek bimbang pandangan negatif masyarakat?"

Dalam keadaan negara berdepan peningkatan kes yang semakin membimbangkan, stigma dan tanggapan negatif ke atas pesakit COVID-19 bukan sesuatu yang perlu diladeni ketika ini kerana apa yang penting, ialah sokonga moral tidak berbelah bahagi daripada segenap lapisan masyarakat.

Dijangkiti COVID-19 bukan jenayah, maka tidak seharusnya mereka dilayan seperti itu.

Dari membiarkan aura negatif ini bertebaran, bukanlah lebih baik mereka diiringi doa dan harapan agar segala kesengsaraan ini segera dilenyapkan. - Getaran, 2 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 minit yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad