web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Syor PRU-15 'COVID-19 Safe Election'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:49PM

KKM berpandangan beberapa sekatan yang dikenakan semasa PRN sebelum ini boleh dilonggarkan termasuk pemakaian pelitup muka dan hak mengundi bagi individu positif COVID-19. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya ia diadakan dalam keadaan ‘COVID-19 safe election’.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dengan situasi COVID-19 negara yang terkawal, KKM berpandangan beberapa sekatan yang dikenakan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini boleh dilonggarkan termasuk pemakaian pelitup muka dan hak mengundi bagi individu positif COVID-19.

“KKM sudah sediakan saranan-saranan supaya lebih banyak lagi kelonggaran diberikan, dan calon bebas untuk jumpa, parti bebas beri ceramah, dan tiada sekatan seperti dahulu supaya proses demokrasi ini boleh dijalankan lebih adil kepada semua.

“Begitu juga hak mengundi bagi individu positif COVID-19, yang menjalani pengasingan di rumah, tak kritikal boleh mengundi… mungkin laluan mengundi berbeza, khemah asing, sentiasa pakai pelitup muka maka dengan ini hak mereka mesti dihormati,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengurusan Bencana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Khairy berkata KKM telah menimbangkan isu hak mengundi ini dengan mendalam sebelum mengemukakan syor kepada SPR kerana ia termaktub dalam Perlembagaan, dan sebarang syor yang diberikan kepada SPR turut mengambil kira kepentingan orang ramai agar tidak dimudaratkan dengan kehadiran pesakit COVID-19.

“Kita dah bincang dengan SPR dan mereka akan memuktamadkan minggu ni. Apa-apa keputusan yang ada kepentingan awam boleh dibuat, dan ini untuk kepentingan awam, lagipun arahan ini dah buat sebelum Parlimen bubar. Kita fikir panjang di KKM, akal panjang,” katanya. 

Mengenai kesiapsiagaan banjir, Khairy berkata KKM telah mengenal pasti 11,085 anggota kesihatan awam untuk ditugaskan bagi membantu mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara.

Menurutnya ia melibatkan pasukan perubatan, kesihatan dan pasukan kesihatan mental atau psychosocial yang amat diperlukan untuk membantu mangsa yang berdepan bencana alam.

“Kita dah kenal pasti, dan mereka dah tahu tugas masing-masing kerana dari dua bulan lepas kita dah mula kesiapsiagaan musim tengkujuh, dan kita dah buat berdasarkan negeri malah simulasi pun dah dilakukan.

“Kerahan adalah banyak di kawasan negeri yang kerap berdepan banjir seperti Johor, Kelantan, negeri Pantai Timur dan Sarawak, jadi kerahan kita lebih berdasarkan pemetaan risiko yang kita buat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad