web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat: Banjir Kilat Di Beberapa Tempat Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 7:42AM

Hujan lebat serta angin kencang lebih satu jam merencatkan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan Kampung Baru pada hari pertama Ramadan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak pukul 4.30 petang semalam.

Antara laluan yang dinaiki air di beberapa tempat ialah di Jalan Kuching, sekitar Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela serta Jalan Raja Chulan, dan sekitar Ampang serta Cheras.

Tinjauan pada pukul 9.00 malam ini mendapati takungan air di beberapa laluan berkenaan sudahpun berkurangan dan pergerakan trafik semakin beransur lancar, namun beberapa laluan di sekitar ibu negara masih tetap sesak apabila banyak kenderaan terpaksa bergerak dengan perlahan.

Antara laluan trafik yang menyaksikan kenderaan bergerak perlahan malam ini adalah di sepanjang Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching. 

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan susulan kejadian banjir kilat itu.

Sementara itu tular di media sosial adalah kejadian sebuah dinding kaca di bangunan berhampiran Masjid Jamek, di sini yang pecah berderai, dipercayai akibat hentaman sesuatu semasa hujan lebat melanda pada kira-kira pukul 5.00 petang. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad