web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen Bubar Hari Ini – Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 3:00PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung bermula jam 3 petang tadi.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari semalam dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40 (2) (b) dan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin, 10 Oktober 2022.

“Saya mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri, kecuali kerajaan negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan pilihan raya umum di peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos,” katanya.

Beliau berkata, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat, mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU-15.

“Proses ini berlandaskan sistem demokrasi, berparlimen dan Raja berpelembagaan dan sebagai pasak pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, pembubaran berkenaan dilaksanakan bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, termasuk menggelarnya sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

“Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan bajet Keluarga Malaysia 2023.

“(Selain itu) Mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuhkan ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik,” katanya

PRU15 adalah yang pilihan raya pertama di bawah kepemimpinan Ismail Sabri selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 21 Ogos 2021.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Spekulasi pembubaran sebenarnya mulai timbul sebaik sahaja Perdana Menteri menghadap Seri Paduka Baginda buat kali pertama 6 Oktober lalu.

Ia semakin hangat selepas Ismail Sabri menghadap baginda di Istana Negara kali kedua petang semalam, yang menurut sumber, adalah permintaan Perdana Menteri sendiri untuk memohon perkenan bagi membubarkan Parlimen.

Kehadiran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun di lapangan terbang Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi bagi menghantar Yang di-Pertuan Agong ke London malam tadi, disifatkan sebagai petunjuk paling jelas berhubung pembubaran berkenaan.

Di sebalik desas-desus itu, pelbagai pihak, termasuk pemimpin parti politik dan rakyat menyifatkan tindakan mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh bukan tindakan tepat kerana ia memberi risiko terhadap keselamatan.

Namun, barisan pemimpin UMNO seolah-olah ‘berkeras’ mahu ia dilaksanakan, malah seperti mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen secepat mungkin.

Getaran melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Perdana Menteri ‘wajib’ membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu.

Beliau mengingatkan Ismail Sabri agar melaksanakan PRU15 pada tahun ini yang menjadi hasrat dan suara kepimpinan setiap negeri, khususnya ahli akar umbi UMNO dan BN.

Menurut beliau, jentera BN juga sudah bersiap siaga sekiranya pilihan raya diadakan pada November ini, iaitu ketika negara menghadapi musim banjir.

“Perkataan bubar itu Perdana Menteri dengar dengan jelas. Saya yakin beliau (Ismail Sabri) dapat petunjuk nyata dan jelas. Insya Allah, beliau tidak akan tunggu lama lagi.

“Buatlah apa patut lepas pembentangan Bajet 2023 dan yakin ia perlu punya ‘goodies’ yang baik. Ini ertinya keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan terhadap generasi muda pelbagai kaum.

“Kita tahu ada banjir, namun sanggup rendah banjir untuk berkempen. Masa banjir Pemuda, Wanita, Puteri turun lebih ramai dari parti lain...kita sanggup turun dan kempen masa banjir mahupun hujan lebat,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik sebagai berkata, gabungan itu sudah bersedia menghadapi PRU15 dengan tawaran baharu yang lebih baik untuk rakyat.

Katanya, beliau optimis PN adalah gabungan terbaik setakat ini, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar