Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 8:06AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 40 Ahli Parlimen DAP menjunjung titah Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melakukan yang terbaik serta memperkukuh kestabilan politik bagi mewujudkan Malaysia MADANI yang harmoni, bersatu, makmur dan sejahtera.

Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming turut menyeru semua 222 Ahli Parlimen supaya menunjukkan teladan yang baik.

"Selain menjaga martabat dan darjat Parlimen, Ahli Parlimen harus bersikap profesional untuk mengekalkan kestabilan politik negara supaya kerajaan boleh menumpukan segala perhatian dan usaha kepada pentadbiran serta pelaksanaan dasar bagi menpergiat ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat," menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Sultan Ibrahim telah memberi isyarat jelas dengan menegaskan bahawa Seri Paduka Baginda tidak akan melayan mana- mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Beliau berkata, ia sekali gus menunjukkan keprihatinan Sultan Ibrahim terhadap masa depan negara dan keazaman Seri Paduka Baginda untuk memelihara Institusi Raja Berperlembagaan serta Demokrasi Berparlimen yang merupakan sistem pemerintahan Malaysia.

"Titah Seri Paduka Baginda telah memperkukuh kestabilan negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang dan ini akan membantu usaha kerajaan untuk memulihkan keyakinan pelaburan tempatan dan asing serta ekonomi negara.

"Malaysia kini telah naik lima tangga kepada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, kedudukan negara akan mencapai kedudukan yang lebih tinggi pada masa depan jika kestabilan politik dapat dikekalkan untuk satu tempoh yang lebih lama," katanya.

Terdahulu, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, hutang negara serta kestabilan politik.

Turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong adalah Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berkata, beliau akan menjalankan amanah sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia MADANI terus terbela.

"Antara titah Yang di-Pertuan Agong adalah untuk Ahli Parlimen terus menghayati denyut nadi rakyat dan membela nasib mereka. Kami akan terus mendahulukan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan.

"Tanggungjawab untuk membawa suara rakyat khususnya penduduk di Parlimen Kapit akan saya galas sepenuh hati," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata, titah Seri Paduka Baginda adalah cerminan peranan institusi Yang di-Pertuan Agong yang menaungi ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Beliau berkata, ia selaras dengan Sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan oleh Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Titah Seri Paduka Baginda ini juga adalah seiring dengan agenda reformasi dan pengukuhan undang-undang serta institusi yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Senada dengan Azalina, Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, titah Seri Paduka Baginda turut menzahirkan peringatan kepada semua pihak untuk bersatu hati dan berganding bahu bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

"Selaku Menteri Digital, saya tekad untuk mengemudi kementerian secara proaktif dalam memangkin agenda pendigitalan merentasi inisiatif-inisiatif pemerkasaan pembangunan dan kesejahteraan tanah air" katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 11 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James