Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Buat Hutang Baharu Untuk Tampung Peruntukan Bajet 2023 - Pakar Ekonomi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 7:00AM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada Jumaat. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa tidak melakukan sebarang pinjaman bagi mewujudkan hutang baharu demi menampung sebarang kekurangan kewangan susulan peruntukan disalurkan untuk Bajet 2023.

Pakar ekonomi, Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kerajaan wajar memandang serius perkara itu dan melakukan perancangan terperinci dalam meningkatkan pendapatan negara, tanpa melakukan sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak.

Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob
Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), digesa memperluas pelaburan di luar negara yang akan mencerminkan kekukuhan Malaysia, di samping memperoleh jumlah keuntungan berganda.

“Kalau pelaburan di luar negara akan terhad kerana populasi kita kecil dan kita ini bergantung pendapatan melalui produk eksport, tanpa menghasilkan produk sendiri yang lebih mampu membawa keuntungan, seperti sepatutnya mengeksport produk tayar, bukan getah beku.

“Banyak benda perlu diperhalusi oleh kerajaan dari segi perbelanjaan dan kalau boleh jangan lagi tambah hutang.

“Tengok semula keperluan untuk memperbanyak perniagaan GLC serta GLIC di luar negara, selain mengurangkan pembelian kenderaan kerajaan dan menyewa bangunan mewah.

“Kerajaan kena berjaga-jaga selepas ekonomi dunia dijangka berlaku kemelesetan. Jadi, untuk merancakkan lagi ekonomi, kita kena berhati-hati dengan menggunakan sumber kewangan negara menerusi cara terbaik dan mengharapkan tidak berlaku ketirisan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Abu Sofian berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan melaksanakan dasar agar dapat mengambil semula kewangan yang diseleweng pemimpin ketika berada dalam Kabinet.

“Saya melihat duit rakyat, kerajaan ini habis banyak berpunca diseleweng dan menyebabkan pemimpin yang mentadbir kerajaan, terpaksa menanggung dengan membayar semula hutang disebabkan kerajaan adalah penjaminnya.

“Justeru, saya menyarankan agar hutang yang disebabkan ketirisan dapat diambil atau dipungut semula. Sekurang-kurangnya duit itu boleh digunakan untuk manfaat rakyat dan pemimpin yang bertanggungjawab, perlu akur,” katanya.

Bagi pakar ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, Bajet 2023 memberi penekanan kepada memenuhi setiap keperluan rakyat dalam menghadapi bebanan kos sara hidup.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Malah, katanya, pelbagai bantuan diumumkan itu sememangnya amat diperlukan setiap golongan disasarkan, supaya proses pemulihan ekonomi mereka dapat diteruskan.

Jelasnya, ia memberi tambahan pendapatan kepada golongan tersebut yang membolehkan mereka menangani kewangan isi rumah dengan lebih berkesan.

Ditanya adakah kini sememangnya waktu sesuai kerajaan memperuntukkan jumlah tertinggi dalam Bajet 2023, khususnya Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), beliau menegaskan, ia adalah keperluan agar dapat membantu pelbagai pihak yang terkesan akibat COVID-19.

Menurutnya, peruntukan BKM kali ini adalah lebih rendah daripada diumumkan semasa Bajet 2022, namun apa yang pasti, ia masih diberikan dan amat diperlukan orang ramai.

“Ini berikutan masyarakat awam, khususnya dalam kalangan kategori B40 yang masih belum pulih sepenuhnya, memerlukan bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya menghargai pelbagai inisiatif digariskan dalam belanjawan itu, seperti potongan cukai selama lima tahun bagi wanita kembali bekerja.

Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman
Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman

“Pelbagai pengurangan dan penstrukturan cukai pendapatan akan meningkatkan keupayaan negara untuk menarik serta mengekalkan lebih ramai bakat,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Hussain menegaskan MEF kecewa selepas kerajaan tidak mewujudkan lebih banyak peluang untuk sektor swasta dalam Bajet 2023.

Menurutnya, ia penting bagi kerajaan membantu menggiatkan semula sektor swasta untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

“Satu daripada cara adalah dengan meneruskan program subsidi gaji bagi membantu majikan mengekalkan perniagaan mereka dan membolehkan negara menstabilkan pasaran buruh.  

“MEF berharap sekiranya keadaan pada 2023 memerlukan pengenalan semula subsidi gaji, kerajaan harus membantu perniagaan dengan aspek ini untuk mengelakkan kemungkinan pemberhentian pekerja secara besar-besaran,” katanya. - Getaran, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 15,000 Peminjam Hijrah Selangor Tidak Bayar Pinjaman

3

Semasa 4 bulan yang lalu

'Hutang Tak Bayar Bukan Benda Baharu', Bekas Pekerja Buat Pendedahan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu