web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

Beliau disaman secara berasingan oleh kedua-dua syarikat selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 10:10PM

Jovian Mandagie - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis memerintahkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat dalam kes saman membabitkan pinjaman persahabatan.

Memetik laporan BERNAMA, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu pada 2 dan 4 April selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.

Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa melalui perbicaraan penuh dan memanggil saksi. 

Ahmad Fairuz dalam penghakimannya memerintahkan Jovian selaku defendan membayar RM5 juta, masing-masing kepada Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd yang bertindak selaku plaintif.

Bagaimanapun, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 30 April lalu. 

Beliau disaman secara berasingan oleh kedua-dua syarikat pada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Pernyataan tuntutan menyatakan Jovian adalah kenalan kepada Pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei dan Pengarah Bina Pragmatik iaitu Azirul Salihin.

Cekap Air mendakwa ia telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan ahli perniagaan itu pada 25 Februari 2022 dengan memindahkan wang tersebut ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili pereka fesyen berkenaan.

Bina Pragmatik pula mendakwa ia telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian pada 25 Mac 2022 dengan memindahkan wang tersebut ke akaun pelanggan firma guaman yang sama.

Menurut kedua-dua syarikat, firma guaman itu mengesahkan penerimaan wang tersebut.Kedua-dua plaintif juga berkata pinjaman persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Pinjaman berjumlah RM10 juta itu diberi dan dilakukan secara lisan serta kasual memandangkan plaintif dan defendan adalah kenalan dan mereka tidak punya sebab untuk meragui Jovian kerana beliau memiliki beberapa perniagaan lain.

Ketika itu, Jovian juga adalah menantu kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-dua plaintif akhirnya terpaksa mengambil tindakan undang-undang selepas defendan gagal membayar semula atau memulangkan wang berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Mei lalu, Jovian Apparel Sdn Bhd, milik Jovian berdepan dengan tuntutan saman oleh Iconic Medicare Sdn Bhd (IMED), iaitu anak syarikat Iconic Worldwide Bhd (KL:ICONIC) atas dakwaan tidak menjelaskan bayaran berjumlah RM4.96 juta untuk tempahan pelitup muka.

IMED memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. - Getaran, 11 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang