web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salur Inisiatif Bajet 2023 Ikut Masa, Tanpa Kerenah Birokrasi - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 10:22PM

Adnan Mat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berharap semua inisiatif yang diumumkan di bawah Bajet 2023 dapat disalur dalam tempoh ditetapkan tanpa sebarang kerenah birokrasi.

Beliau juga berharap, perkara itu dapat dilaksanakan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA).

Menurutnya, CUEPACS menghargai segala inisiatif diumumkan kerajaan membabitkan penjawat awam melalui Bajet 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

“Antara perkara baharu diumumkan adalah kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus atau maksimum 90 hari berbanding 80 hari sebelum ini serta pembayaran bantuan khas kewangan Aidilfitri RM600 pada Mac 2023.

“Inisiatif tersebut antara tambahan yang diumumkan untuk penjawat awam selain daripada perkara yang telah dimaklumkan pada MAPPA Ke-18, 30 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adnan berkata, CUEPACS tidak mahu inisiatif yang diumumkan itu terlewat, tidak dilaksanakan atau ditetapkan mengikut jumlah peruntukan yang tertentu.

“Penebusan awal GCR, peruntukan setiap kementerian dan jabatan bagi menebus 80 hari pada tahun ini didapati tidak mencukupi dan telah habis digunakan sehingga banyak permohonan daripada penjawat awam tidak dapat ditunaikan.

“Situasi ini sudah tentu memberi kekecewaan kepada warga perkhidmatan awam yang sudah dijanjikan dengan inisiatif tersebut tetapi tidak dapat menerimanya,” katanya.

Kerajaan jelas beliau, sewajarnya menyalurkan peruntukan untuk penebusan GCR berdasarkan permohonan dari masa ke masa, berbanding memberikan sejumlah peruntukan tertentu yang tidak akan ditambah jika habis digunakan.

“Segala inisiatif yang diumumkan untuk penjawat awam dan rakyat perlulah dilaksanakan walaupun berlaku perubahan dalam kerajaan pada masa akan datang.

 “Semua inisiatif ini wajar diteruskan oleh kerajaan yang baharu dan tidak perlu dibatalkan sebaliknya ditambah dengan lebih baik,” katanya.

Adnan berkata, CUEPACS yakin dan memberi jaminan seluruh penjawat awam akan meletakkan keutamaan bagi menjayakan Bajet 2023.

Menurutnya, belanjawan tersebut bukan sekadar apa yang diterima penjawat awam, tetapi bagaimana untuk memastikan rakyat mendapat manfaat secara komprehensif.

“Komitmen daripada seluruh penjawat awam dituntut bagi memastikan segala aspirasi kerajaan melalui Belanjawan 2023 ini dapat direalisasikan dengan jayanya agar rakyat mendapat manfaat.

“Dalam hal ini, penjawat awam mempunyai tugas paling berat untuk memastikan dasar dan rangka tindakan belanjawan berjaya dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sistem Saraan Baharu Bantu Penjawat Awam Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Lihat Penjawat Awam Sebagai Musuh, Hargai Sumbangan Untuk Negara 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan