web statsweb stats

Berita Terkini

1 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


Rakyat Masih Nikmati Duti Setem Untuk Rumah Pertama Sehingga RM500,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 6:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengekalkan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000 demi menggalakkan pemilihan rumah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menerusi Bajet 2023 turut meningkatkan pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus sehingga 31 Disember tahun ini.

“Sebagai contoh, pengecualian sepenuhnya atas pembelian rumah bernilai RM300,000 bakal menjimatkan RM6,500 manakala pengecualian sebanyak 75 peratus untuk pembelian rumah bernilai RM750,000 akan menjimatkan wang rakyat sebanyak RM15,000.

“Ketika ini pengecualian penuh duti setem diberikan kepada surat milik pindah harta tanah antara suami isteri namun hanya 50 peratus kepada ibu bapa dan anak, justeru kerajaan bercadang melaksanakan surat milik pindah harta tanah antara keluarga, melibatkan duti setem sebanyak RM10,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, peruntukan bina baharu dan membaik pulih rumah di luar bandar akan ditingkatkan sehingga RM460 juta, dan ia turut meliputi kadar siling bantuan bina baharu rumah.

Menurut beliau, kerajaan turut memperuntuk RM367 juta bagi program perumahan rakyat (PPR) termasuk projek baharu di Marang, Terengganu serta Arau, Perlis yang akan memanfaatkan 12,400 rakyat.

“Program rumah mesra rakyat pula melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta.

“Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menyediakan jaminan kerajaan atau jaminan perumahan khusus membantu peminjam yang tidak berpendapatan tetap.

“Perkara itu dapat membantu sehingga 12,000 peminjam pada 2023 dan kemudahan jaminan kerajaan melalui SJKP akan ditingkatkan sebanyak RM3 bilion,” katanya.

Sementara itu, dalam membina persekitaran masyarakat harmoni, Tengku Zafrul menegaskan, kerajaan komited bagi memastikan kondisi rumah strata kos rendah dan sederhana selamat dengan melakukan penyelenggaraan berjumlah RM290 juta.

“Ia termasuk mengganti lif usang dan kerajaan juga akan meningkatkan perkhidmatan kesihatan bergerak di kawasan rumah kos rendah, melibatkan peruntukan RM22 juta.

“Kerajaan juga akan menyediakan kelas pemulihan untuk anak-anak penghuni rumah kos rendah yang tercicir pembelajaran serta mempergiat aktiviti peningkatan pendapatan oleh Yayasan Hasanah, antaranya membantu pengusaha makanan memanfaatkan platform cloud kitchen,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek